Posts

Showing posts from March, 2017

AKU, DIA DAN STILETTO

Image
TAJUK NOVEL: AKU, DIA DAN STILETTO PENULIS: SRI SARAH PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM31 SINOPSIS: Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepa...

LOVE YOU MR ARROGANT

Image
TAJUK NOVEL: LOVE YOU MR ARROGANT PENULIS: ALIESHA KIRANA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM17 SINOPSIS: Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal. "Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya it...

MISS YOU MR ARROGANT

Image
TAJUK NOVEL: MISS YOU MR ARROGANT PENULIS: ALIESHA KIRANA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka. MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan. “Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM “...

TOMBIRUO TERAKHIR

Image
TAJUK NOVEL: TOMBIRUO TERAKHIR PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat h...

BADI BUDDY

Image
TAJUK NOVEL: BADI BUDDY PENULIS: MARKI MIHARBI PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Danial Putra, seorang vokalis merangkap gitaris sebuah band Indie di Jepun. Hidup sebagai mahasiswa di sana mempertemukan dia dengan Ayumi Takashi, lantas cinta berputik. Mereka diibaratkan seperti John Lennon dengan Yoko Ono oleh kawan-kawan. Hidup penuh dengan cinta. “Sayang betul cintakan Nona Manis?” – Ayumi Takahsi “Sebab Nona Manis cantik macam Snow White.” – Danial Putra Namun, bahagia yang didamba berakhir dengan sebuah tragedi ngeri. Ayumi pergi buat selama-lamanya dan pintu hati Danial Putra terus tertutup rapat untuk bercinta lagi. Dia ada badi, pembawa nasib malang… Itu fikirnya. Sehinggalah pertemuan semula Danial Putra dengan Dhea Azlina, wanita yang telah lama menyimpan cinta terhadapnya. “Aku masih mencintai dirimu. Sungguh!” – Dhea Azlina Dan dengan tiba-tiba hati Danial Putra bergetar untuk Dhea Azlina tetapi cintanya kepada A...

MISS CLEANER UNDERCOVER

Image
TAJUK NOVEL: MISS CLEANER UNDERCOVER PENULIS: FATEEN NAJWA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Khaira Wilda tahu, zaman glamornya akan terhenti seketika saat ditugaskan untuk menyamar sebagai seorang tukang sapu. Namun sebagai seorang anggota polis yang mencintai kerjaya dan janji taat setia kepada negara, Khaira Wilda sanggup. Bagi Hayden Daniel pula, kemunculan Wilda sebagai seorang tukang cuci yang dianggapnya luar biasa mula memikat hatinya. Dia langsung tak tahu bahawa Wilda ialah anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga ahli keluarganya daripada serangan pengganas. Bersaksikan lilin cinta yang penuh romantis, Hayden meluahkan segalanya... “Wilda, saya cinta awak sepenuh hati saya.” “Hayden... Saya...” “Wilda... Tak perlu ucapkan. Saya tahu hati awak. Awak juga cintakan saya. Berkali-kali Khaira Wilda cuba menerangkan kepada Hayden Daniel mengenai siapa dirinya namun dia belum berjaya. Pelbagai ancaman muncul terhadap ayah Hayden Daniel, Tan S...

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Image
TAJUK NOVEL: BUKAN KERANA AKU TAK CINTA PENULIS: E-MAN SUFI PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelak...

ISTERI DALAM SANGKAR 2

Image
TAJUK NOVEL: ISTERI DALAM SANGKAR 2 PENULIS: WARDINA AISYAH PENERBIT: LOVENOVEL PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: ‘Aku ibarat burung yang terkurung dalam sangkar cintanya.’ Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua. “Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang.” – Tengku Iskandar Kehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna. “Daripada ab...

ISTERI DALAM SANGKAR

Image
TAJUK NOVEL: ISTERI DALAM SANGKAR PENULIS: WARDINA AISYAH PENERBIT: LOVENOVEL PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Aku hanya menumpang kasih dalam sangkar hatimu… AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba. TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. “Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap ...

CIK HOUSE KEEPING I LOVE YOU

Image
TAJUK NOVEL: CIK HOUSE KEEPING I LOVE YOU PENULIS: DILLA AHMAD PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: “Saya ni bos awak!” jerkah Issac Daniel dengan geram. Agak kuat di telinga Aina hingga membuatkan bahu Aina terjongket sedikit. “Hah?” Terus Aina jadi berani nak pandang wajah lelaki itu. Mata kelabu itu merenung mata hitamnya. Masing-masing bagai terkaku. Tak berkalih. Bos dia? Jadi mamat ni ketua dia? Pengurus hotel ini? Pengurus hotel handsome yang selalu staf-staf bercerita? Aina memang tak pernah nak ambil tahu itu semua. Yelah, bukan urusan dia pun. Dan, dia tak pernah terfikir akan terserempak dengan encik pengurus hotel ini. Siapa nama dia? Aina cuba nak ingat kalau-kalau Hanina atau geng housekeeping ada sebut-sebut nama mamat ni. “No more excuses. You are coming with me. I want you to clean my room now. Do you understand, Miss....” Mata kelabu itu dah pandang tag nama di dada kiri Aina. “Miss Aina?” tanya encik bos. Bibir...

HAI, ENCIK PERFUME!

Image
TAJUK NOVEL: HAI ENCIK PERFUME PENULIS: IMMAZ HUDA PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM19 SINOPSIS: Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing. Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?” Dan kata Aiqish pula, “Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking...

JEJAKA MACAM DIA

Image
TAJUK NOVEL: JEJAKA MACAM DIA PENULIS: DAISY ZAHRA PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

BIAR AKU JADI PENUNGGU

Image
TAJUK NOVEL: BIAR AKU JADI PENUNGGU PENULIS: ARSHA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM37 SINOPSIS: Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang. Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka. Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Nam...

J.A.D. JIWAKU ADA DIRIMU

Image
TAJUK NOVEL: J.A.D. JIWAKU ADA DIRIMU PENULIS: WAWA TAUFIK PENERBIT: IDEA KREATIF STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Berkahwin dengan Jad Jazman? Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan. Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan. “Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena “Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul. “Datang sini.” Jad bersuara lembut. “Bila?” “Hujung minggu...” “Hmm...” “Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.” Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu...