Posts

Showing posts from June, 2017

MAHKAMAH HATI

Image
TAJUK NOVEL: MAHKAMAH HATI PENULIS: UMIE LIZA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Rafeq Iskandar tidak pernah ambil kisah tentang Zara… calon isteri pilihan keluarganya. Pertunangan diikat hanya kerana Chenta Malika perlukan seorang wanita bergelar ibu dalam hidupnya. Lagipun, dia selesa berdua sahaja dengan permata hatinya itu setelah pemergian Linda. Tanpa sedar, dia jatuh cinta. Bukan dengan tunang sendiri tetapi, dengan gadis keras kepala yang membuatkan hatinya kembali berbunga. Terasa jiwanya kembali hidup dengan kemarahan gadis itu. Terasa bahagia dengan adanya Alyssa setiap hari di depan mata. Namun… Alyssa dan Zara meninggalkannya kerana Sara yang berstatus teman tapi mesra. Pemergian Alyssa dan Zara membuatkan Rafeq Iskandar penasaran. Dia kecewa, marah dan dendam terus membara di hatinya. Keputusan harus diambil. Siapakah pilihan Rafeq Iskandar? Hanya hati yang bisa menjadi mahkamah dalam pengadilan ini. 📃UNTUK  ORDER📃 ...

DIA BUKAN BIDADARI

Image
TAJUK NOVEL: DIA BUKAN BIDADARI PENULIS: MYRA AMEER PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: “Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.” Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi. Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan “good bye”. Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal. Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. A...

BILA HATI BERBICARA

Image
TAJUK NOVEL: BILA HATI BERBICARA PENULIS: ANTASYA BALKIS PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM17 SINOPSIS: BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia mewar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga. Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yan...

BINIKU NINJA

Image
TAJUK NOVEL: BINIKU NINJA PENULIS: AZLAN ANDI PENERBIT: BACAAN UMUM STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu m embuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara. 📃UNTUK  ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

RED VELVET

Image
TAJUK NOVEL: RED VELVET PENULIS: ACIK LANA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati. Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker...

MR. STALKER...SAYA CINTAKAN AWAKLAH!

Image
TAJUK NOVEL: MR. STALKER...SAYA CINTAKAN AWAKLAH! PENULIS: HANNAH EZATY PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM31 SINOPSIS: NADINE TASYRIF…  Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI  iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba. Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif  bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang. Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi ...

PEREMPUAN PALING BAHAGIA

Image
TAJUK NOVEL: PEREMPUAN PALING BAHAGIA PENULIS: SYAMNURIEZMIL PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. "Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA "Kenapa? Awak nak...

CUSTOMER FEEDBACK JUN 2017

Image
Thanks, my lovely customer...sokongan anda kami hargai sangattt .😘😘 JAMINAN KAMI PASTI SAMPAI!! INSYAALLAH 😉😉👍👌 Jommmm...siapa lagi nk order novel.. boleh jengu blog sis.harga sgt GORGEOUS😍😍😍👍 🍊 NOVEL SUAMIKU PALING SWEET (RM27) 🍊 NOVEL ISTERI DALAM SANGKAR 2 (RM23) 🍊 NOVEL OMBAK RINDU (RM18) 🍊 NOVEL FAMILY TUAN IHSAN (RM38) 🍊 NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK (RM29) 🍊 NOVEL MEH, SANDAR PADA AKU! (RM20) 🍊 NOVEL SHH...I LOVE YOU (RM20) 🍊 NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA (RM18) 🍊 NOVEL SUAMIKU WORKAHOLIC (RM22) 🍊 NOVEL MISI CINTA MR BAD GUY (RM22) 🍊 NOVEL MISI MENANTU MR BAD GUY (RM24) 🍊 NOVEL PERGILAH AIR MATA (RM26) 🍊 NOVEL JANGAN MENANGIS CINTA (RM32) 🍊 NOVEL CINTA KAU DAN AKU (RM18) 🍊 NOVEL MISS YOU MR ARROGANT (RM21) 🍊 NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (RM22) 📃UNTUK  ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

AKUKAH JUWITA?

Image
TAJUK NOVEL: AKUKAH JUWITA? PENULIS: RINA FARIZQ PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.Lelaki pertama – Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya ‘Timun Kecut’. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya. Lelaki kedua – Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga – Rifki. Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala. Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail – budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan t...

13 JAM A380

Image
TAJUK NOVEL: 13 JAM A380 PENULIS: EVELYN ROSE PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: ... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya... 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan SYED HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. . Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara. . “Hana, thank you for last night… But I can't have cocaine all the time.” – SYED HAYDAR. . Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah. . Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan HANA SOFEA ialah ibun...

SEMUSIM RINDU

Image
TAJUK NOVEL: SEMUSIM RINDU PENULIS: ALEYA ANEESA PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa... . Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah... . Sungguh... Hajar rindu pada...

THE WEDDING BREAKER

Image
TAJUK NOVEL: THE WEDDING BREAKER PENULIS: EVELYN ROSE PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: “Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...”­ - Ariana Rose Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga! Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya. “What's so funny?” “Talking to me?” “Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won't be able to understand t...

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Image
TAJUK NOVEL: PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN PENULIS: UMI SYIDAH PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM29 SINOPSIS: Kalau duda tu tak nak, aku lagi tak hingin! Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya. “Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan. “Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis. Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. “Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menye...