Posts

Showing posts from August, 2017

NYAWA

Image
TAJUK NOVEL: NYAWA PENULIS: EQBAL MOHAYDEEN PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai. Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku? "Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar.&

INDAHNYA SOLAT BERJEMAAH

Image
TAJUK BUKU: INDAHNYA SOLAT BERJEMAAH PENULIS: USTAZ MOHD HAIDZIR HUSSIN PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM58 SINOPSIS: Buku "Indah nya Solat Berjemaah" Membincangkan tentang persoalan hukum-hakam solat berjemaah menurut mazhab Syafii yang muktabar berdasarkan rujukan-rujukan yang muktamad dan masyhur mengikut mazhab Syafii dengan kolaborasi kitabkitab Arab dan Jawi. Buku ini membahaskan permasalahan secara ilmiah mengikut pendapat ulama daripada mazhab Syafii serta diselitkan juga pendapat ulama daripada mazhab-mazhab yang lain. Ini akan memberikan maklumat yang lebih luas dan terperinci. Menerangkan disiplin ilmu dalam mengistinbat sesuatu hukum dengan cara yang betul. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan santai akan memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan cepat dan lebih berkesan. Setiap maklumat disertakan gambar, ilustrasi atau gambar rajah bagi membantu pemahaman pembaca. Kolaborasi kitab Arab dan Jawi dapat mevariasikan sumber rujukan

ENSIKLOPEDIA SOLAT

Image
TAJUK BUKU: ENSIKLOPEDIA SOLAT PENULIS: DATUK. HJ. MD. HASHIM YAHAYA PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM95 SINOPSIS: Ensiklopedia berasal dari perkataan Greek 'egkyklios paideia yang bermaksud a circle of  instructions iaitu himpunan maklumat. Ensiklopedia  merupaka koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang disusun mengikut abjad atau mengikut keterangan secara ringkas dan padat. Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT ini: -Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat. -Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari. -Di susun mengikut pendekatan mesra pembaca. -Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan. 📃UNTUK  ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1 234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

TAKDIR UNTUK AKU

Image
TAJUK NOVEL: TAKDIR UNTUK AKU PENULIS: REHAN MAKHTAR PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan. UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu. “Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah ya

RASUK

Image
TAJUK NOVEL: RASUK PENULIS: ZYRA SAFIYA PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Kemudian Haikal terlihat sesuatu yang aneh. Berderau darahnya. Terkejut. Buat sesaat, matanya telah mempermainkannya lagi. Buat sesaat, dia ternampak seseorang menghampiri ibunya. Ibunya yang kini keseorangan dalam rumah. Dan seseorang itu berdiri di belakang ibunya. Berdiri rapat. Sedikit menyendeng. Seakan tersandar... 📃UNTUK  ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1 234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

PEMANGSA

Image
TAJUK NOVEL: PEMANGSA PENULIS: MUHAMMAD FATRIM PENERBIT: KARNADYA STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Pertemuan AISHA dan AMSYAR bagaikan romeo dan juliet. Tapi hidup Aisha derita selepas berkahwin dan bukan itu sahaja! Perkahwinan itu bertukar tragis apabila Amsyar sanggup berkomplot membunuh Aisha. Bermula detik itu Amsyar mula diganggu oleh kelibat seorang wanita dan menganggap itu adalah jelmaan Aisha yang mahu membalas dendam kepadanya. Kelibat itu muncul di mana-mana! 4 tahun berlalu, Aisha yang terselamat dan mengetahui kebenaran kembali sebagai Indah dan memulakan misi untuk bangkit dan bagaikan magnet dia terikat kembali dengan keluarga Amsyar. "Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Fattah? Apa yang awak sembunyikan daripada saya?!" - AISHA "Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak." – FATTAH Aisha cuba berhati-hati dalam setiap langkahnya sebagai Indah tapi umpama ada mata-mata yang selalu memerhatikan setiap langkahnya

INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM

Image
TAJUK BUKU: INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM PENULIS: DR. FAZLY RAHIM, DR. WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH & PROF. DR. AMINAH ABDULLAH PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM66 SINOPSIS: Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, serta mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan, serta merangsang pertumbuhan. Bagi mencapai natijah optimum dari sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani, bahkan menyuruh agar memastikan makanan itu benar-benar halal demi me

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH

Image
TAJUK BUKU: BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH PENULIS: RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI PENERBIT: MUST READ STATUS BUKU: BARU RM36 SINOPSIS: BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini. Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid. SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki

TITIAN CINTA

Image
TAJUK NOVEL: TITIAN CINTA PENULIS: RIDHYA IMAN PENERBIT: IDEA KREATIF STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi. “Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris “Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy “Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya. “Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali

BUKAN AKU, TAPI DIA

Image
TAJUK NOVEL: BUKAN AKU, TAPI DIA PENULIS: ANNASS NURAZMI PENERBIT: OCTOBER STATUS NOVEL: PRELOVED CONDITION NOVEL: 10/10 LIKE NEW HARGA SEBENAR RM25 👇👇👇👇👇 HARGA PRELOVED: RM21 BERBALUT. NOVEL JAGA MACAM BABY😘😘😘 SINOPSIS: “Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.” “Saya pun ikhlas  tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.” Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip “Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!” “Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.” “Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada pe

SUAMIKU SI MATA BIRU

Image
TAJUK NOVEL: SUAMIKU SI MATA BIRU PENULIS: EVELYN ROSE PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: “Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku.Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu..” Lalu takdir pun terlukis indah.. JAMES HOWARDS. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu. SUZILIANA IRINA–Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf. I want this guy. Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara me

JANJI TAK BUAT LAGI

Image
TAJUK NOVEL: JANJI TAK BUAT LAGI PENULIS: IZMA QAHIERA PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: "Aduh alamak! Habis basah baju. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin "Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati kamal, namun tidak bagi Fatin. Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik. "Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal.I love you...ummmuuah!" ~ Lina Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lan

REVENGE

Image
TAJUK NOVEL: REVENGE PENULIS: MUHAMMAD FATRIM PENERBIT: KARNADYA STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Ariana Citra mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 17 tahun. Demi misi dendamnya, Ariana Citra menukar namanya kepada Dewi Uqasha dan bekerja di syarikat Crystal Suria Holdings milik ayahnya Dato’ Zakaria yang diuruskan oleh Megat Huzair anak sulungnya bersama Zahara selepas pulang dari luar negara. Tapi, berdepan dengan Zahara umpama berdepan dengan penjenayah kejam yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuk membunuh demi melindungi keluarga dan miliknya. Namun Ariana Citra tetap bertekad, keluarga baru ayahnya itu perlu dihapuskan walau apapun cara dan jalannya! “Ariana Citra janji atas nama mama yang suatu hari nanti, semua ni akan jadi milik kita kembali. Ariana Citra janji mama.” – Ariana Citra “I know who you are Dewi Uqasha.”– Megat Huzair Dalam misinya membalas dendam, Ariana Citra mengetahui pelbag

THE LOST WORLD

Image
TAJUK NOVEL: THE LOST WORLD PENULIS: HELMI EFFENDY PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup. Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu?

PULAU

Image
TAJUK NOVEL: PULAU PENULIS: NAIM TAMDJIS, S. KAUSARI & ILLYA ABDULLAH PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: PUAKA BELULUT – NAIM TAMDJIS ~Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul...~ Jirin dan Misran dua orang sahabat baik yang gemar menginap di bangunan atau kawasan yang seram dan mempunyai misterinya sendiri. Mereka akan merakam sambil mengalami kejadian atau perkara aneh. Satu ketika, mereka telah pergi ke Pulau Jerejak. Pelbagai perkara aneh dan menggerunkan terjadi di situ! FLOR DE LA MAR – S. KAUSARI ~ Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu~ Jurnal yang terjatuh ke tangan tiga orang wanita menyimpan rahsia tentang harta karun pada zaman Kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Besar dan di beberapa lokasi lain selepas serangan Portugis. Perjalanan mereka ke pulau itu telah membawa kepada berlakunya pelbagai kejadian misteri dan mistik. Tanpa disedari, bahaya menanti mereka kerana ancaman sebuah sindiket antarabangs

YANG DIA PILIH

Image
TAJUK NOVEL: YANG DIA PILIH PENULIS: HANI FAZUHA PENERBIT: IDEA KREATIF STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tidak kesampaiannya pada Lya buat dia hampir tersungkur. Pertemuan yang tiba-tiba dengan Fatia buat Hareez kembali ‘hidup'. Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul. “Kalau nak tahu, cubalah.” Hareez senyum senget. “Cuba apa?” Fatia tiba-tiba jadi blur. “Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak.” Mata dikenyit nakal. “Awak ni gatal kan?” Terus membulat mata Fatia. “Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu.” Melamar Fatia bukan kerana cinta tetapi kerana dia suka. Bukankah suka itu juga salah satu dari akar cinta? Persoalannya… bolehkah bahagia tanpa cinta? Dan…apabila dugaan datang melanda dengan tawaran untuk Hareez mendapatkan cinta pertamanya bersama Lya, ada banyak h

JANGAN BIAR DIA MASUK 2

Image
TAJUK NOVEL: JANGAN BIAR DIA MASUK 2 PENULIS: A. DARWISY PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji. Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri se