Posts

Showing posts from November, 2017

CUSTOMER FEEDBACK NOVEMBER 2017

Image
Assalammualaikum..kesayangan 😍😍😍 Sekalung penghargaan atas sokongan semua pelanggan yang disayngi..😘😘 JAMINAN KAMI PASTI SAMPAI!! INSYAALLAH 😉😉👍👌 Jommmm...siapa lagi nk order novel.. boleh jenguk blog sis.harga sgt GORGEOUS😍😍😍👍👍 🍇 NOVEL MR.HOT GUY (RM25) 🍇 NOVEL PEMUSNAH HATI (RM27) 🍇 NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH (RM19) 🍇 NOVEL KAHWIN 6 BULAN AJE?! (RM26) 🍇 NOVEL INGKAR CINTA (RM25) 🍇 NOVEL BIDADARI BERMATA JELI (RM25) 🍇 NOVEL ISTERI DALAM SANGKAR (RM24) 🍇 NOVEL ISTERI DALAM SANGKAR 2 (RM23) 🍇 NOVEL SUAMIKU WORKAHOLIC (RM22) 🍇 NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI (RM19) 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

DIA SEMANIS HONEY

Image
TAJUK NOVEL: DIA SEMANIS HONEY PENULIS: DILA DYNA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.... Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka. “Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani. “You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf. “Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita'. Sebab perkataan ‘kita' tu

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Image
TAJUK NOVEL: TUNDUKKAN PLAYBOY ITU PENULIS: ANJELL PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri y

SUAMI TANPA CINTA

Image
TAJUK NOVEL: SUAMI TANPA CINTA PENULIS: SYAMNURIEZMIL PENERBIT: OCTOBER STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: “Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.” Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan. Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!” Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.” Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.” Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai

ISTERI VS TUNANG

Image
TAJUK NOVEL: ISTERI VS TUNANG PENULIS: AESYA AZAHAR PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu. Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim. Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim ke

DUDA TERLAJAK LARIS

Image
TAJUK NOVEL: DUDA TERLAJAK LARIS PENULIS: AIFA BATRISYA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun? Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob. “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah. “Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurh

NOTA BUAT CEMPAKA

Image
TAJUK NOVEL: NOTA BUAT CEMPAKA PENULIS: SOPHILEA PENERBIT: INTENS STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: "MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?” NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua. "Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang. "Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?” Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.” "Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunan

HELLO MR. PERFECT

Image
TAJUK NOVEL: HELLO MR. PERFECT PENULIS: WANIEY ZAKARIA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan. Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai.  Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua. TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan

CINTA SI WEDDING PLANNER

Image
TAJUK NOVEL: CINTA SI WEDDING PLANNER PENULIS: DHIYANA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan. Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ “Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA “Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Z

UDA & DARA

Image
TAJUK NOVEL: UDA & DARA PENULIS: AISYA SOFEA PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama

IMAM MUDAKU ROMANTIK

Image
TAJUK NOVEL: IMAM MUDAKU ROMANTIK PENULIS: IZZAH HANEEFA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: “Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih “Kenapa?” - Khalisah “Kita solat tahajud sama-sama.” “Hah? Wajib ke?” “Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”  Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!  LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.  Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun

SUAMIKU KETUA GENGSTER

Image
TAJUK NOVEL: SUAMIKU KETUA GENGSTER PENULIS: QHAYRA QHAYRIESA PENERBIT: FAJAR PAKER STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster! “Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi menda

CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA

Image
TAJUK NOVEL: CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA PENULIS: ANIA MALNA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Saat kau lafazkan cinta,  dirimu sudah terpahat dalam hati namun cintaku kepada Ilahi lebih agung daripada cintaku buatmu. “Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” - SON MIN HYUK “Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” - AIMIN HAZWANI Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman. Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti. “Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sa

ANUGERAH TERINDAH

Image
TAJUK NOVEL: ANUGERAH TERINDAH PENULIS: SOPHILEA PENERBIT: INTENS STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor'. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan… -Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz -Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem. Saya dah jatuh hati