Posts

Showing posts from December, 2017

OBJECTION

Image
TAJUK NOVEL: OBJECTION PENULIS: REHAN MAKHTAR PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan.  Aira menangis.  Kecewanya dia. Zariq kejam! Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini.  Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.    “Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?” - Aira “Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira…” - Zafiq Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya?  Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?    “Oh, jangan risau. Aku tak a...

BICARA CINTA TERTANGGUH

Image
TAJUK NOVEL: BICARA CINTA TERTANGGUH PENULIS: LYNN DAYANA PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta! KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara. Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri? 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

K.I.S.S (KERANA INDAHNYA SENYUMANMU SAYANG)

Image
TAJUK NOVEL: K.I.S.S (KERANA INDAHNYA SENYUMANMU SAYANG) PENULIS: AILAH DIELA PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: “Satu juta ringgit untuk kau tinggalkan dia. Boleh?” Ain keluarkan satu cek kosong lalu dilayangkan di hadapan mata Maria. Duit. Dia yakin dengan duit Maria akan terus lupakan Zafrul. Siapa yang mampu menolak duit sebanyak ini? “Kenapa saya mesti nak terima kalau Zaf mampu bagi saya dua juta ringgit? Awak simpan sajalah duit awak tu untuk pergi buat rawatan kulit. Kedut!” Kali ini Maria sudah tidak dapat lagi mengawal mulutnya. Langkah diatur ingin berlalu pergi. Baik dia jangan melayan perempuan tak berapa nak betul ni. Nanti tak pasal dia juga ikut tak betul. “Hei perempuan, I belum habis cakaplah.” Bahu Maria ditolak kuat. Ikutkan hati Ain ingin saja dia tarik rambut yang tersisir rapi tu. Tapi belum pun mampu dia berbuat apa-apa, seorang lelaki berbadan besar muncul antara mereka. “Memang saya perempuan, awak...

CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA

Image
TAJUK NOVEL: CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA PENULIS: RAFINA ABDULLAH PENERBIT: KASEH ARIES PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: IRDIANA ~ “I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan tu.” IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli. Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong. “Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang.” Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut. IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh b...

JERAT HATI

Image
TAJUK NOVEL: JERAT HATI PENULIS: TINA DERIKA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: PRELOVED CONDITION NOVEL: 10/10 LIKE NEW HARGA SEBENAR RM22 👇👇👇👇👇 HARGA PRELOVED: RM18 BERBALUT. NOVEL JAGA MACAM BABY😘😘😘 SINOPSIS: HAFIZA- “Boleh tak kita berkawan?” ASYRAF-“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal. “Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” - Asyraf “Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”-Hafiza Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia? 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲...

JANGAN GODA AKU (PRELOVED)

Image
TAJUK NOVEL: JANGAN GODA AKU PENULIS: ZURA RAHMAN PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: PRELOVED CONDITION NOVEL: 10/10 LIKE NEW HARGA SEBENAR RM27 👇👇👇👇👇 HARGA PRELOVED: RM22 NOVEL JAGA MACAM BABY😘😘😘 SINOPSIS: Lyn Jasmine punya prinsip hidup - sesuatu harus berubah. Dia yang sentiasa berperang dengan berat badannya yang bagaikan yo-yo, nekad untuk kurus. Bagi Shen, jejaka kacak dan berkarisma; hidupnya serba sempurna dengan aura luar biasa. Lagaknya seperti diktator menunjukkan kuasa. Pejabat itu bagaikan kerajaan untuk bertakhta, daerah untuk dia bermaharajalela. Kesempurnaanya menyebabkan dia digelar ‘Mr. Perfect'. Bagi Lyn Jasmine, Shen ialah Mr. Perfect yang angkuh. Kata pakar psikologi, seorang mangsa akan cenderung mencari mangsa juga. Dan Lyn Jasmine telah terpilih sebagai mangsa Shen. Namun, kucing yang disangka jinak, rupa-rupanya menyimpan belang dalam diam. “Kalau you tak ada sebarang perasaan sekalipun, I langsung tak hairan!”- Lyn Jasmine I...