Posts

Showing posts from March, 2018

SERUAN PERTAMA (JANGAN BACA NOVEL NI)

Image
TAJUK NOVEL: SERUAN PERTAMA (JANGAN BACA NOVEL NI) PENULIS: ISMI FA ISMAIL PENERBIT: IF I ENTERPRISE STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Novel ini adalah kisah berangkai dari Trilogi: Jangan Baca Novel Ni". Dan semua watak di dalam novel ini akan ma ti. Selamat membaca dan semoga terhibur. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

AKHIR (JANGAN BACA NOVEL NI AKHIR)

Image
TAJUK NOVEL:  AKHIR (JANGAN BACA NOVEL NI AKHIR) PENULIS: ISMI FA ISMAIL PENERBIT: IF I ENTERPRISE STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: ​Tak payah sinopsis. Anda dah tau buku ini tentang apa. Yang anda perlu tau sekarang, ini yang AKHIR. Tak ada dah lepas ni. Sebab saya dah letih. Lelah hidup dalam kegelapan. Biar buku ini meniadi AKHIR kepada sebuah kisah. Juga kepada setangkai nyawa yang dalam beberapa tahun ini berayun longlai. Sava tak mau seksa dia terus. Saya bukan kejam. Saya hanya seorang yang menyampaikan sebuah cerita, tentang sebuah novel hitam yang kewujudannya hanya mengundang rasa-rasa sakit, pedih, ngilu, pelik, takut, kecewa, marah, benci...SEDIH. Rasa-rasa yang saya tak pasal-pasal juga kena lalui sebagai penulis. Semua ini, hanya kerana nak mengisi masa lapang anda. Jadi nah. Ambil dan baca. Buku ini mungkin tidak sebagus yang anda harapkan. Tapi ini yang terAKHIR. Sekurang-kurangnya hargailah ia atas sebab itu. Akhir merupakan buku terakhir dari trilogi

ADA HANTU?

Image
TAJUK NOVEL: ADA HANTU? PENULIS: MIA KIFF, IMANISA RIANA, FARISHA IMANI, MAYA ADIRA, DEEME DENEE & BAHARUDDIN BEKRI PENERBIT: DUBOOK PRESS STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: ​Apabila sendirian, anda pernah rasa seperti sedang diperhatikan? Pernah terperasan ada bayang atau cahaya melintas di hujung mata? Pernah dengar bunyi guli dari tingkat atas dan bunyi perabot dialihkan pada waktu malam? Anda pernah tengok hantu? Benarkah ada hantu? Antologi cerpen komedi seram ini menghimpunkan penulis-penulis Gedebook sedia ada dan juga yang bakal menerbitkan novel mereka bersama Gedebook. Anda berani? Ambil antologi ini dan pergi bayar di kaunter sana. Jangan bayar di kaunter tengah. Cashier itu ada saka…. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

WARIS

Image
TAJUK NOVEL: WARIS PENULIS: NURIS PENERBIT: SR PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Deris ternampak dirinya berada di suatu tempat yang sunyi dan sepi. Seluruh kawasan itu ditutupi semak samun. Ada sebuah pondok buruk di hujung-hujung penglihatannya. Tidak jauh dari pondok yang sudah usang itu ada sebuah lubuk. Langkah Deris ditandu menuju ke arah lubuk bersebelahan pondok buruk itu. Sampai sahaja di lubuk tersebut, dia nampak seseorang sedang berendam di situ. Seorang lelaki yang bertubuh kekar sedang mandi dalam keadaan membelakangkannya. Deris terpasak kaki di tepi lubuk itu. Dia berdiri sambil memerhati. Dalam sekejap waktu sahaja, antara celah-celah semak berdekatan lubuk tersebut, keluar beberapa orang pemuda dengan bertanjak dan berkeris terus menerpa ke arah lelaki yang bertubuh kekar itu. Pertengkaran bermula antara mereka. Pemuda bertubuh kekar itu cuba melawan. Tetapi dalam keadaan dia berseorangan, berlawan dengan lima orang lelaki yang bersenjata,

WARIS DUKUN HITAM

Image
TAJUK NOVEL: WARIS DUKUN HITAM PENULIS: SYIKIN ZAINAL PENERBIT: KARNADYA STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali   gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya. Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingi

WUJUD

Image
TAJUK NOVEL: WUJUD PENULIS: SONG JUN EUI PENERBIT: PELANGI STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Buku ini memaparkan pelbagai cerita yang dikaitkan dengan ketakutan. Kisah seram yang diceritakan bukan cerita fiksyen yang diada-adakan walaupun kelihatan begitu bagi orang yang skeptikal, tetapi merupakan pengamalan penulis dan masyarakat sekeliling. Ditulis secara mudah dan jujur, menariknya buku ini bebanding dengan buku-buku seram yang lain, apabila membacanya, ketakutannya nyata. Dari mana datangnya ketakutan itu? Daripada kenyataan bahawa makhluk ghaib itu wujud. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Image
TAJUK NOVEL: KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU PENULIS: SURI RYANA PENERBIT: SUARA HATI STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin. Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji denga

PERANGKAP SYAITAN

Image
TAJUK NOVEL: PERANGKAP SYAITAN PENULIS: MISBAH EM MAJIDY PENERBIT: KEMILAU PUBLIKA STATUS NOVEL: BARU RM13 SINOPSIS: Manusia adalah musuh yang paling dibenci oleh syaitan sejak ia diperintah untuk bersujud kepada Adam. Syaitan tidak pernah leka memerangkap manusia dengan pelbagai tipu daya yang mengelirukan akal fikiran. Sesuatu yang buruk, keji dan hina dilihat oleh mata kasar sebagai indah, baik, dan mulia apabila tidak menyedari akan perangkap yang telah dipasang oleh syaitan laknatullah. Allah merakamkan dendam kesumat syaitan dalam al-Quran: “Syaitan berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Al-A'raf: 16-17) Buku “Perangkap Syaitan” yang berada pada tang

TI AMO, SWEETHEART 100 HARI!

Image
TAJUK NOVEL: TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! PENULIS: SURI RYANA PENERBIT: SUARA HATI STATUS NOVEL: BARU RM222 SINOPSIS: Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di  Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi. Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepa

HANTU VILA PRAHA

Image
TAJUK NOVEL: HANTU VILA PRAHA PENULIS: PRAYUDI Q. PENERBIT: PELANGI STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di vila berhantu. Rancangan Ray, Reno, Rio, dan Tanya untuk mengembara ke Gunung Semeru tergendala. Tidak mahu pulang hampa, mereka mengubah rancangan dan pergi ke Tasikmalaya pula, ke kampung halaman kenalan baru mereka, Anita. Keluarga Anita ada sebuah vila di atas bukit, dipanggil Vila Praha. Vila yang tersergam indah, tetapi sudah lama tidak didiami selepas ibu bapa Anita meninggal dunia. Sebaik sahaja memasuki vila, keenam-enam remaja ini baru mengetahui bahawa vila itu rupa-rupanya berhantu kerana sudah lama ditinggalkan. Yang lebih mengejutkan lagi, hantu-hantu itu dikatakan hantu ibu bapa Anita dan pembantu rumah mereka, Bik Idah. Selepas mengalami pelbagai pengalaman menakutkan di dalam vila itu, akhirnya kelima-lima remaja itu membongkar misteri vila itu, tentang kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di rumah

HANTU KUTIP HUTANG

Image
TAJUK NOVEL: HANTU KUTIP HUTANG PENULIS: AIN MAISARAH & EIMA MANAN PENERBIT: PTS STATUS NOVEL: BARU RM10 SINOPSIS: Setiap sekolah ada lagenda. Setiap kawasan, pasti ada tempat keras yang dikatakan berhantu, akan mengganggu manusia.Itulah juga yang berlaku di Sekolah Sri Bali. Ada hutang tidak berbayar? Ada duit tetapi sengaja buat-buat lupa bayar hutang pada kawan sendiri? Jangan buat begitu! Jika tidak...hantu kutip hutang akan datang mengacau sampai meracau terbeliak mata! Neeloma, seorang bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang berpindah ke Sekolah Sri Bali kini turut sama terpalit dengan kes hantu kutip hutang. Menyertai Kelab Supercef, siapa sangka dia telah dilantik sebagai bendahari kelab tersebut. Satu hari, wang yuran kelab telah hilang. Tanpa ragu-ragu, semua ahli menuduh Neeloma sebagai pecah amanah. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

VAPE

Image
TAJUK NOVEL: VAPE PENULIS: ZAIFUZAMAN AHMAD, HELMI EFFENDY, S. KAUSARI & SYASYA BELLYNA PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2) Pendekar “Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh meng

KLONG MAI

Image
TAJUK NOVEL: KLONG MAI PENULIS: IMAN FADIA PENERBIT: KARNADYA STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Sejak memiliki peti kayu pemberian Phat yang dikenali di sebuah tokong Siam, hidup Dayah mula diselubungi misteri. Klong Mai yang sering disebut oleh wanita bangsawan Siam dalam mimpinya memberi petanda yang peti kayu pemberian Phat bukan sebarang peti biasa. “Dayah..awak simpan peti tu baik-baik. Saya tak boleh sentuh peti kayu tu. Tangan saya akan jadi panas. Awak simpan ya. Kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, saya redha peti tu dengan awak.” PHAT "Aku harap...aku akan jumpa Phat satu hari nanti" DAYAH Dayah meneruskan hidup di kampus selepas tamat SPM. Cintanya pada Ezaki, pelajar senior perubatan terpaksa dilupakan apabila mengetahui Ezaki dan Shireen bakal disatukan. Kecewa dengan Ezaki dan Phat, Dayah terpaksa terima cinta Iqbal. Segalanya bertambah huru-hara apabila Phat muncul semula dan mula membawa kepada pembongkaran Misteri Klong Mai.

DIALAH BUNGA BEREMBUN BULAN

Image
TAJUK NOVEL: DIALAH BUNGA BEREMBUN BULAN PENULIS: SHA HANIM RAMLI PENERBIT: HUCAD CONSULTANTS STATUS NOVEL: BARU RM35 SINOPSIS: Apa yang akan anda lakukan jika anda terpaksa menyampaikan amanat demi menyelamatkan bumi dan kayangan yang amat kabur sempadannya? Apakah misteri antara Ledang dan England yang mempunyai huruf-huruf yang sama? Ikuti kisah pengembaraan yang menakjubkan dan suka duka Suri, seorang wanita Hybrid demi melaksanakan tanggungjawab besar. Penerokaan alam dunia dan langit serta premonition menjanjikan pengalaman yang mendebarkan. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

SURAYA... I LOVE YOU

Image
TAJUK NOVEL: SURAYA... I LOVE YOU PENULIS: KUFAZ PENERBIT: BESQ STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Suraya sedang asyik mengecap nikmat cinta dengan kekasihnya, Zain. Namun, segalanya musnah apabila bekas kekasihnya iaitu Ishak muncul semula dalam hidupnya untuk menagih cinta lama. Oleh kerana tidak mahu terseksa seperti masa lalu, Suraya menolak rayuan Ishak untuk kembali. Sedang berbahagia, tiba-tiba Zain diserang sihir sehingga mengorbankan nyawanya. Suraya amat sedih dengan kejadian yang menimpa. Dia telah kehilangan satu-satunya jejaka amat dicintainya. Kejahatan yang menimpa Zain tidak terhenti di situ. Kini, Suraya pula diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang menyeksakan jiwanya. Dan dia memang tidak syak sesiapa melainkan Ishak. Suraya nekad untuk berdepan dengan Ishak tetapi dihalang oleh rakan baiknya, Mona. Suraya kemudiannya membawa diri ke rumah Puan Hawa iaitu ibu kepada Zain yang mengenali seorang pengamal perubatan tradisional bernama Lukman. Bersama

TEROWONG

Image
TAJUK NOVEL: TEROWONG PENULIS: A. DARWISY, SYASYA BELLYNA & ZAIFUZAMAN AHMAD PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: RT – A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam gh