HINGGA HUJUNG WAKTU
TAJUK NOVEL: HINGGA HUJUNG WAKTU PENULIS: SAIDEE NOR AZAM PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Sebuah jam antik yang dibeli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun ia hanya berlaku pada setiap malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala Irfan Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulke? i pula amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulke? i agak keberatan untuk menolong Irfan Rushidi mencari Ayu Aleya. Antara kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan Rushidi? Ketika deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri... “Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanj...