Posts

Showing posts from June, 2018

ALIH

Image
TAJUK NOVEL: ALIH PENULIS: HAKIM AHMAD PENERBIT: SR PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: ALIH’ perkataan itu muncul lagi. Aril semakin hairan. Perkataan itu sering muncul sejak dia berpindah ke flat itu. Usikan itu hanya permulaan. Aril dikejutkan dengan jelmaan seorang kanak-kanak perempuan yang duduk bersimpuh di atas dadanya ketika terjaga dari lena. Ditambah pula dengan kehadiran Natasya, anak jirannya. Renungan Natasya yang kosong itu sering menjadi igauan Aril. Taman tasik berhampiran flat itu menjadi titik permulaan terungkai segala misteri! “Oh…! Ini abang tahu,” ujar Abang Ramli yakin. “Ha! Apa dia bang?” soal Aril tidak sabar. “Ini Aliah, mesti kerja dia.” Abang Ramli sedikit tersenyum. “Aliah? Siapa Aliah?” Aril berkerut. Satu persatu misteri ‘ALIH’ dirungkai. Ujian yang diharungi semakin sukar. “Ina percaya hantu?” aju Aril tiba-tiba. “Kenapa awak tanya macam tu?”Zurina memandangnya pelik. “Entah.” “Susahlah nak cakap, sebab saya pun ta...

TIADA TAJUK

Image
TAJUK NOVEL: TIADA TAJUK PENULIS: ISMI FA ISMAIL PENERBIT: IF I ENTERPRISE STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Nak gembira? Nak tersenyum? Nak bahagia? Nak ketenangan? Nak harapan? Nak kesempurnaan? TAK PAYAH. Kalau nak juga, jangan baca novel ni. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan... Mata anda tidak salah, dan memang benar kulit buku ini kosong! Sebab novel ini tidak mempunyai tajuk. Ia adalah sekuel daripada novel terlaris di pasaran iaitu, 'Jangan Baca Novel Ni'. Masih ingat kulit buku nya yang berwarna hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca itu dulu, baru anda oleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

JURIG JARIAN

Image
TAJUK NOVEL: JURIG JARIAN PENULIS: PRAYUDI Q. PENERBIT: PELANGI STATUS NOVEL: BARU RM15 SINOPSIS: Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di alam makhluk halus atau evil spirit world.Lima orang remaja, Aria, Justitia, Raksa, dan Satria, bersama seorang penulis muda, Irwan, pergi ke Bukit Jarian untuk menyiasat cerita tentang sebuah keluarga kaya yang hilang di Bukit Jarian. Mereka tidak mengetahui bahawa kampung-kampung di Bukit Jarian itu bukan sahaja dihuni oleh manusia biasa, tetapi juga oleh makhluk halus.Ketika berada di salah sebuah kampungnya, kelima-lima sahabat ini terperangkap dalam alam makhluk halus ini dan terserempak sendiri dengan jurig jarian atau hantu tempat sampah itu. Nini Engklek, perempuan tua berkaki satu yang berjalan dengan melompat, Jurig Cewaw, makhluk yang berwajah menakutkan, dan Jurig Sapotong, makhluk separuh badan.Mereka kemudian diselamatkan oleh seorang gadis bernama Mahasari, yang membawa mereka keluar dari kampung makhlus halus i...

LINTAH

Image
TAJUK NOVEL: LINTAH PENULIS: ILLYA ABDULLAH PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa... Inspektor Ryan diarahkan untuk mengendalikan kes kematian beberapa orang pelajar sebuah kolej yang dipercayai berpunca daripada santau lintah. Hasil siasatannya menemui jalan buntu. Kematian dalam kalangan pelajar kolej itu tidak melibatkan motif dendam atau sakit hati. Mangsa utama terdiri daripada sekumpulan pelajar yang sememangnya saling mengenali dan mempunyai ikatan persahabatan. Zarin, Sephia, Zila dan Kamelia. Mereka semua antara kumpulan pelajar yang masih hidup. Antara mereka, Ryan mengesyaki seseorang sebagai suspek utama. Siapakah sebenarnya si pelaku yang melakukan kerja terkutuk itu? Adakah pelaku yang menggunakan ilmu santau lintah itu adalah dalam kalangan mereka yang berada dalam kolej itu? “Manusia yang suka sangat buat benda-benda khurafat ni orang yang cetek iman. Orang yang ber...

UMMU SIBYAN

Image
TAJUK NOVEL: UMMU SIBYAN PENULIS: NINIE OTHMAN PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Ummu Sibyan ialah jin betina yang suka mengganggu kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan ibu-ibu mengandung. Kehadirannya membawa pelbagai malapetaka kepada keluarga tok ketua. Kemudian satu per satu kejadian seram dan menakutkan berlaku di Kampung Hulu 8 sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan tok ketua, Samad, Berahim dan Leman. Ada yang berdamping dengan iblis sehingga sanggup menggadaikan iman dan ada yang merayu untuk dipulihkan kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada dosa-dosa nenek moyang mereka. Semua kes cuba diselesaikan dengan baik walaupun kadangkala nyawa mereka menjadi galang gantinya. Adakah apa yang diusir itu terus pergi ataupun kembali untuk terus menghantui? “Waktu senja tu waktu syaitan iblis berkeliaran. Kenapa kamu tak fikir dulu sebelum nak buat apa-apa?” – Kak Mizah “Aku dah kata jangan ganggu cu...

TOWN MALL

Image
TAJUK NOVEL: TOWN MALL PENULIS: HASRUDI JAWAWI PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan. Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban. Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali? 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234