Posts

Showing posts from January, 2019

RINDU TIADA NOKTAH

Image
TAJUK NOVEL: RINDU TIADA NOKTAH PENULIS: DHIYANA PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Percutian ke India menemukan semula Khai dan Adwa selepas bertahun-tahun tamat persekolahan. Adwa membuatkan Khai terpana. Ada sesuatu pada Adwa yang selama ini tidak diendahkan. Dia jatuh cinta! Dia mesti tawan hati itu. “ Kalau saya tak nak bercinta dengan awak? ” – ADWA QISTINA “ Okey... jom kita berkahwin! ” – SYED QAYYUM Kasih disahut Adwa. Hubungan direstui keluarga. Dua keping hati disimpul rapi di dalam ikatan pertunangan. Masing-masing mula menyemai benih kasih untuk menyuburkan lagi taman hati. Namun, Khai diduga dengan kehilangan insan tersayang. Sebuah rahsia ditinggalkan. Kerana rahsia itu, Khai pergi membawa diri tanpa menoleh buat kali terakhir. Dalam tak sedar, hati Adwa disakiti dengan sebuah penantian. Di Tanah Suci menemukan semula pasangan kekasih yang sekian lama terpisah. Rindu itu tak pernah terpadam. Malah semakin marak menyala apabila kembali ber...

B.F.E. (BEST FATHER EVER)

Image
TAJUK NOVEL: B.F.E. (BEST FATHER EVER) PENULIS: SHA IBRAHIM PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Selepas kematian isteri tercinta, hidup Zyne Aariz hanya tertumpu kepada Tiara Ameena, satu-satunya ‘harta’ yang ditinggalkan oleh arwah isteri buat dirinya. Tiaralah racun, Tiara jugalah penawarnya. Disebabkan jarak usia antara dia dan Tiara tidak begitu ketara, keakraban dan kemesraan mereka apabila berada di luar rumah sering kali disalahtafsirkan. Sekali pandang, tak nampak langsung seperti anak dan ayah. Tetapi… lebih kepada ‘skandal’! Ini kisah ‘persahabatan’ antara seorang ayah dan anak perempuannya. Namun, kehidupan mereka dua beranak mula berubah dengan kehadiran Rania dan Fateh. Rania adalah wanita yang mula mendapat tempat di hati Zyne Aariz, manalah Fateh pula adalah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Tiara mengenal erti cinta. Namun, kali ini Zyne Aariz pula yang tidak merestuinya. Bagi Zyne Aariz, ‘melepaskan’ Tiara kepada lelaki itu adala...