Posts

Showing posts from February, 2017

SESAL SEPARUH NYAWA

Image
TAJUK NOVEL: SESAL SEPARUH NYAWA PENULIS: MYRA AMEER PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM35 SINOPSIS: “Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan   Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan. Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.     Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya. Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Am...

NAMAKU BEDAH

Image
TAJUK NOVEL: NAMAKU BEDAH PENULIS: MOHD SHAHREMY IKMAL PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Boleh ke aku lalui kehidupan aku dengan nama Bedah? Aduh, malunya…Hanya Tuhan saja yang tahu. “Saya nak gunakan nama Puteri Anis!” . “Puteri Anis? Awak bukannya keturunan raja. Kenapa nak letak perkataan Puteri di pangkal nama awak?”  “Saya ingin gunakan nama Puteri Anis. Keputusan saya muktamad!” Boleh tak aku nak tukar nama…nama yang glamor lagi? Bolehlah…Bolehlah… “Terima kasih juga kerana berurusan dengan pihak kami. Semoga Cik Puteri Anis akan gembira nanti.” Nama Bedah akan lenyap dan biarlah hanya bersemadi dal...

1ST CLASS MISTRESS

Image
TAJUK NOVEL: 1ST CLASS MISTRESS PENULIS: SARA KYOKO PENERBIT: LOVENOVEL PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza? “Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain “Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukankah itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi pen...

MEH, SANDAR PADA AKU!

Image
TAJUK NOVEL: MEH, SANDAR PADA AKU! PENULIS: AIFA BATRISYA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.  Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap ka...

CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO

Image
TAJUK NOVEL: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO PENULIS: ERY AIERIL PENERBIT: OCTOBER STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Pertemuan jejaka dengan gadis itu memang bukan satu permulaan yang baik. Walaupun mempunyai ‘sesuatu’ kegemaran yang sama, namun ada saja yang didebatkan demi membela diri. Tapi orang kata, kalau gaduh itu tandanya jodoh makin kuat. Benarkah? OMG! Tak mampu kedua-duanya membayangkannya. Liyana ingat pertemuan pada hari itu adalah pertemuan terakhir. Tapi mereka ditakdirkan untuk mempunyai ‘hubungan’ yang tak pernah sesiapa menduga. Demi menunaikan hasrat orang tua, akhirnya Liyana menyerah diri untuk menyelamatkan lelaki itu. “Siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Di mana aku nak mencari dia?” Jejaka itu tercari-cari insan yang menyelamatkannya. Namun bagi Liyana, biarlah hanya dia saja yang tahu pengorbanan yang dilakukannya. Niatnya ikhlas, dan sekali gus menebus kesalahannya atas pertelingkahan mereka pada awal perkenalan mereka dahulu. Liyana sudah mula...

PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE

Image
TAJUK NOVEL: PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE PENULIS: AII FARIZA PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. "Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul." ~ Syed Saiful. Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah. "Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada...

HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI

Image
TAJUK NOVEL: HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI PENULIS: E-MAN SUFI PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM33 SINOPSIS: WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki… . RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang! Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istil...

LELAKI KHAS UNTUK HANIS

Image
TAJUK NOVEL: LELAKI KHAS UNTUK HANIS PENULIS: AIMY HANIYA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki ya ng aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu… Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Ha...

CIK SERBA TAHU

Image
TAJUK NOVEL: CIK SERBA TAHU PENULIS: SYAMNURIEZMIL PENERBIT: OCTOBER STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: “Kalau nak, semua boleh buat.” “Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?” “Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!” Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???! “Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!” Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan E...

URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Image
TAJUK NOVEL: URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN PENULIS: AREILA SAHIMI PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: “Argh!!!!” Syazlin menjerit dengan harapan rasa sakit di hatinya itu dapat dirawat.  “Eh, apehal Lin ni?” tegur Kak Husna di muka pintu bilik. Mujur dua mug coklat panas pada kiri kanan tangan tak terlepas bila tiba-tiba mendengar Syazlin menjerit.  “Ngeee… Kak Husna ni. Cuba kalau masuk bilik orang tu ketuk pintu dulu boleh tak?” marah Syazlin.  “Dah tak kunci, akak masuk ajelah. Yang Lin tiba-tiba menjerit malam-malam ni dah kenapa? Lin jangan nak macam-macam, Lin. Malam ni malam Jumaat….” Sengaja Kak Husna menggunakan nada seram.  Syazlin telan air liur. “Sorrylah. Dua tiga menjak ni, orang macam terbawak-bawaklah perasaan dalam hati ni.” Syazlin bangun dan terus menuju ke meja tulis. Dia duduk di atas kerusi di hadapan meja tulis. Dua lutut dibawa naik. Dagu diletak di atas kepala lutut sambil tangan mencapai bingkai gambar yang ...

SUAMIKU PALING SWEET

Image
TAJUK NOVEL: SUAMIKU PALING SWEET PENULIS: ANJELL PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair. “Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada ...

SYURGAKU TAK SEMPURNA

Image
TAJUK NOVEL: SYURGAKU TAK SEMPURNA PENULIS: SARA AISHA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak. “Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia “Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna. Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa. “Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka...

PENGANTINKU JATUH DARI LANGIT

Image
TAJUK NOVEL: PENGANTINKU JATUH DARI LANGIT PENULIS: MIA KIFF PENERBIT: INTENS STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: RINIETA Aini - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings. WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya... “Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.” Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam. Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah. “How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar. Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepa...

ISTERI TUAN IHSAN

Image
TAJUK NOVEL: ISTERI TUAN IHSAN PENULIS: SARA KYOKO PENERBIT: LOVENOVEL PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua! Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya. Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya. Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antar...