URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN



TAJUK NOVEL: URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
PENULIS: AREILA SAHIMI
PENERBIT: KAKI NOVEL
STATUS NOVEL: BARU

RM20

SINOPSIS:
“Argh!!!!” Syazlin menjerit dengan harapan rasa sakit di hatinya itu dapat dirawat. 
“Eh, apehal Lin ni?” tegur Kak Husna di muka pintu bilik. Mujur dua mug coklat panas pada kiri kanan tangan tak terlepas bila tiba-tiba mendengar Syazlin menjerit. 
“Ngeee… Kak Husna ni. Cuba kalau masuk bilik orang tu ketuk pintu dulu boleh tak?” marah Syazlin. 
“Dah tak kunci, akak masuk ajelah. Yang Lin tiba-tiba menjerit malam-malam ni dah kenapa? Lin jangan nak macam-macam, Lin. Malam ni malam Jumaat….” Sengaja Kak Husna menggunakan nada seram. 
Syazlin telan air liur. “Sorrylah. Dua tiga menjak ni, orang macam terbawak-bawaklah perasaan dalam hati ni.”
Syazlin bangun dan terus menuju ke meja tulis. Dia duduk di atas kerusi di hadapan meja tulis. Dua lutut dibawa naik. Dagu diletak di atas kepala lutut sambil tangan mencapai bingkai gambar yang terletak pada sudut kiri meja. Perlahan keluhan dilepaskan.
Kak Husna letak satu mug coklat di depan Syazlin. “Inilah masalah Lin. Move on, Lin. Move on. Sampai bila Lin nak hidup macam ni? Lin ingat Lin duduk menghadap gambar Lin dengan Faris ni, boleh buat Faris tu datang pada Lin?” 
Syazlin buat derk aje dengan kata-kata Kak Husna itu. Gambar dia dan Faris ditatap kosong.
“Jangan buang masa. Jangan seksa hidup Lin macam ni. Rugi. Lin muda lagi. Masih banyak lagi peluang jumpa lelaki lain yang lagi baik, lagi kacak, lagi berharta daripada Faris tu,” sambung Kak Husna dengan bersungguh-sungguh. 
Syazlin kalih anak mata memandang Kak Husna yang berdiri di tepinya. Bibirnya kumat-kamit mengajuk cakap Kak Husna. Emosinya tengah tidak stabil. Kalau Kak Husna memberi ‘ceramah’ seribu patah perkataan pun belum tentu dia boleh hadam. Bingkai gambar diletakkan kembali ke tempat asalnya sebelum tangan mencapai mug di hadapannya. Coklat panas dihirup perlahan. 
Kak Husna mengambil bingkai gambar yang baru diletakkan oleh Syazlin.
“Lainlah kalau Lin bawak gambar Faris ni pergi jumpa ‘Mak Esah’, lepas tu mandremkan dia supaya tergila-gilakan Lin,” cadang Kak Husna sambil kening ‘menari ronggeng’.
Mata Syazlin membuntang mendengar cadangan Kak Husna itu. Dia rampas bingkai gambar pada tangan Kak Husna dan diletakkan kembali ke atas meja. “Choi… sangat idea tu tahu tak?” 
Syazlin geram. Bagi idea macam tak pernah sembahyang! Dia memang frust sangat bila Faris nak kahwin dengan perempuan lain tapi taklah bermakna dia tak boleh terima kenyataan. Dia terima kalau dah memang mereka tak ada jodoh. 
Kak Husna mengekek ketawa. “Alah… akak main-main ajelah. Uish… semenjak baru lepas kena reject ni nak gurau pun tak boleh.” 
Syazlin pandang bengkek Kak Husna. Matanya dijuling ke atas, kepala menggeleng. “Orang tak sempat luah perasaan pun pada Faris tu, jadi tak bolehlah nak cakap yang orang ni kena reject.”
“Tak apa Lin… tak apa. Nanti kalau jumpa pakwe baru yang ada tokoh dibuat suami, jangan tangguh-tangguh. Lin terus suruh mama pinangkan dia untuk Lin. Kupinang kau dengan bismillah konsepnya.
“Alah… Lin, orang dah tak kisah la perempuan pinang lelaki. Kau kena ingat, Lin. Zaman sekarang ni perempuan lagi ramai dari lelaki. Nak-nak pulak zaman WhatsApp zaman Twitter zaman Facebook. Siapa cepat dia dapat,” ujar Kak Husna panjang lebar dengan niat mahu memberi semangat pada Syazlin. 
Syazlin senyum nipis dengan cadangan Kak Husna yang dah banyak kali dia dengar itu. Jodoh itu bukan soal siapa cepat dia dapat. Jodoh itu adalah bila Allah dah tetapkan dan dia pasti akan dapat. 
“Lin….” 
“Apa dia?” sahut Syazlin, malas. Baki air coklat panas di dalam mug dihabiskan.
“Lin buang ajelah barang-barang dalam beg plastik hitam tu,” suruh Kak Husna. Bibir menjuih ke arah beg plastik hitam di tepi dinding itu. “Rimas tahu tak akak tengok Lin keluar masuk, keluar masuk barang-barang dalam beg plastik hitam tu. Lagi Lin berbelah bahagi macam ni, lagi lambat la proses move on Lin nak bermula.” 
“Nantilah bila orang dah betul-betul ready orang buang okey?” balas Syazlin. “Eh. Dah pukul sepuluh ni. Tak nak Skype dengan Yeop ke?” 
Mata Kak Husna cepat memandang ke arah jam loceng di meja sisi katil.
“Haahlah. Akak keluar dululah. Nanti bising Yeop Lin tu kalau akak lambat log in.” Kata Kak Husna.
Tergesa-gesa Kak Husna keluar dari bilik Syazlin.
Sebaik sahaja Kak Husna keluar, Syazlin kembali menghampiri beg plastik hitam itu. Dia cuba kumpul seluruh kekuatan sebelum mengangkat beg plastik hitam itu. “Kau kena kuat, Lin. Kau kena kuat. Paling tidak sekali dalam seumur hidup dengarlah nasihat kakak ipar kau tu, Lin. Proses move on tak boleh dilengah-lengahkan lagi.”
Kali ini dengan fikiran yang rasional, Syazlin ikut kata hatinya. Dia bawa beg plastik hitam itu turun ke bawah dan diletakkan di dalam tong sampah hitam besar di luar pagar rumah.
Sebaik sahaja penutup tong sampah ditutup, dia menghela nafas lega.



📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY