Posts

Showing posts from July, 2017

JEMPUTAN SUAMI ISTERI

Image
TAJUK NOVEL: JEMPUTAN SUAMI ISTERI PENULIS: HANNY ESANDRA, ANA SOFIYA, BIKASH NUR IDRIS, SHAZIE KAMARUZAMAN, REHAL NUHARIS PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM19 SINOPSIS: #RiezmanSafieya – Hanny Esandra Isteri Sejuta Rasa “Sayang, abang nak dapatkan Fieya pun cukup susah dulu. Takkanlah abang senang-senang nak menduakan Fieya? Sia-sia ajelah usaha abang untuk ambik hati Fieya dulu. Sia-sia jugaklah abang tunggu Fieya untuk terima abang sebagai suami. Ini permata dan nyawa abang.” Safieya dan Riezman hanya memandang momen indah itu sambil masing-masing berbalas senyuman #ZarielLiana – Ana Sofiya Diktator Itu Kamu “Siapa diktator?” “Diktator itu kamu!!” “What? Liana?” Oh Tuhan! Apa yang aku dah buat ni? Apa yang aku dah sebut? Sungguh,aku tak berani nak tengok muka Encik Zariel dah. Kecut! #Za’baSeri – Bikash Nur Idris Suami Selepas Deadline “Youlah. Jadi suami I lepas I letak deadline. Kalau you tak balik dalam sekian masa, I takkan ka...

TIADA ARAH JODOH KITA

Image
TAJUK NOVEL: TIADA ARAH JODOH KITA PENULIS: EZZA MYSARA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? “Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir. “Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya “Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir “Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” Afia Awliya Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. “Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak ranc...

GIGITAN

Image
TAJUK NOVEL: GIGITAN PENULIS: ZAIFUZAMAN AHMAD PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini. Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya. Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan...

SUAMIKU TAK GENTLMAN

Image
TAJUK NOVEL: SUAMIKU TAK GENTLMAN PENULIS: DAISY ZAHRA PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Sudah lama Adam Firas menantikan saat-saat itu. Saat-saat untuk membalas dendam kepada sasarannya selama ini. Pertemuan demi pertemuan sengaja dirancang untuk berkenalan dengan Alisya, anak kepada usahawan yang terkenal itu. Sehinggalah dia diambil bekerja untuk menjadi pengawal peribadi kepada gadis bersikap diva itu. “Oh! Lagi satu, you jangan nak perasan okey? Suami segala… Tolonglah! You tu bukannya jenis yang I suka pun. Idiot!” Cakaplah apa pun, Adam akan bersabar demi tujuan asalnya demi muncul dalam keluarga tersebut. Entah di mana silapnya, lain yang dirancang lain pula yang jadi. Gara-gara satu salah faham antara Alisya dan kedua-dua orang tuanya, namanya turut terbabit sama. Cik puannya merayu bantuannya untuk menjadikannya sebagai suami. Bila sudah berkahwin, isterinya mula berubah perangai. Daripada diva kepada manja semacam. “...

KIUB

Image
TAJUK NOVEL: KIUB PENULIS: ARIFFUL BAQI PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Satu pembunuhan tragis golongan militan ke atas kedua ibu bapa Zaki untuk mendapatkan KIUB telah mengubah segalanya. Zaki yang hidup digelumangi kemewahan terpaksa meninggalkan segalanya demi membalas dendam atas kematian insan tersayang. Namun, musuhnya bukan sembarangan. Mereka licik dan kejam. Nama mereka sahaja sudah cukup untuk memberi ketakutan kepada semua orang.  Dua tahun kemudian, pembunuhan semakin kerap berlaku. Tubuh mangsa seakan dirobek dengan benda yang tajam. Mira Hafizah pula menjadi suspek utama. Inspektor Zakwan yang mengendalikan kes ini pula semakin buntu dan tertekan untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila detik perhitungan telah tiba, pasti akan ada darah yang tumpah. Pasti ada jiwa yang akan terkorban. ZAKI- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Kemaraannya umpama ribut yang membadai pantai. Antara dendam dan keadilan, dia harus memilih sal...

KITA SUKA SAMA SUKA

Image
TAJUK NOVEL: KITA SUKA SAMA SUKA PENULIS: NORRA HASSAN PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Sebelum ini, mereka kenal gitu-gitu sahaja. Tetapi, dek idea gila Yellow yang hendak menguji kasih sayang keluarga, Pepper kena menghadap muka Black sentiasa. Konon untuk membantu Black mencari Yellow yang lari dari rumah. Walhal dia menjadi talam dua muka untuk kawan baiknya itu. Selama ini, Pepper ingatkan abang Yellow itu jenis lelaki yang skema. Rupanya boleh tahan nakal juga lelaki itu. Patutlah Wafa dan Cattleya angau sakan. Tetapi, Pepper tidak peduli pun dengan minah berdua itu. Yang penting ialah misi dia. Lagi pula di hati Black hanya ada Alisha. Gila kalau dia berharap. Masalahnya nakal Black mula menggoda jiwa dan melemaskan rasa. Hati, janganlah terpikat kat dia. Adanya Pepper, Black rasakan yang dunianya kembali berwarna indah tujuh pelangi. Tidak lagi berwarna monokromatik, sekalipun luka kisah cinta yang kecundang masih memali...

AMUKAN JEMBALANG TANAH

Image
TAJUK NOVEL: AMUKAN JEMBALANG TANAH PENULIS: A. DARWISY PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa. Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun...

CINTA? BIAR BETUL

Image
TAJUK NOVEL: CINTA? BIAR BETUL PENULIS: ANNA MILIA PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: “Cepatlah. Kat luar ni dah panjang orang berbaris tunggu abang. Apesal lambat sangat ni? Tersangkut zip seluar ke?” – Aisya Khaffy membuka pintu bilik. Terus tangan Aisya ditarik masuk ke dalam bilik kecil itu tanpa sempat dia mengelak. Aisya tergamam. Lelaki itu bukan abangnya. Hah?!!! Dia sudah tersalah bilik. Mereka saling memandang. “Kenapa dengan awak ni? Saya baru masuk aje. Try baju pun belum. Yang awak ketuk pintu macam nak roboh kenapa? Awak ada masalah mental ke?” – Khaffy Selepas kes terjah di fitting room, Aisya bertemu lagi dengan Khaffy. Setiap pertemuan mereka dirancang oleh Khaffy demi melunaskan dendam kepada Aisya yang pernah bergelar adik iparnya. Aisya perlu bertanggungjawab di atas kematian Danni. Namun semua rancangan yang diatur menjerat diri sendiri. Khaffy cuba kenakan Aisya, namun dia yang terkena. Dia mahu menyakiti Aisy...

NOVEL

Image
TAJUK NOVEL: NOVEL PENULIS: EBRIZA AMINNUDIN PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya? “Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir “Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. D...

JEJAKA IDAMAN HATI SAYA

Image
TAJUK NOVEL: JEJAKA IDAMAN HATI SAYA PENULIS: CAHAYA AINN PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Hey I just met you And this is crazy But here’s my number So call me maybe? 013-4567890 “Awek mana pulak yang bagi nombor telefon pada kau guna lirik lagu Carly Rae Jepse ni?” Disebabkan kejadian lima tahun dulu, hidup Razan Atira berubah 365 darjah! Puan Azira, ibunya telah memberikan kata dua iaitu: A. Kahwin dalam tahun ini juga. B. Berhenti kerja. Mana mungkin dia akan memilih pilihan pertama! Sudah terlalu banyak yang dia lalui dan korbankan semata-mata demi mencapai cita-citanya! Jadi, pilihan apa yang dia ada? Namun, apabila melihat siapa calon-bakal-menantu-ibunya, Razan Atira hampir pengsan. Kejadian lima tahun dahulu kembali menerjah dalam kotak ingatannya. “Ya. Awak setuju dengan rancangan perkahwinan ni sebab awak nak balas dendam ke? Awak nak balas balik atas apa yang saya buat pada awak lima tahun dulu?” ~ Razan Atira....

KLIMAKS

Image
TAJUK NOVEL: KLIMAKS PENULIS: HELMI EFFENDY PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Rutin seharian Saiful Hawiz memburu di kawasan hutan berdekatan dengan rumahnya berakhir dengan tragedi apabila dia tercedera dalam pertarungan dengan dua orang penceroboh yang telah merosakkan ekosistem hutan tersebut. Di rumahnya pula, dua orang anak gadisnya yang risau apabil ayahnya tidak pulang ke rumah, mengambil tekad untuk berdepan dengan zombie dan kesejukan zaman ais pada waktu malam, berjalan kaki berkilometer meminta bantuan koloni manusia terdekat dengan rumah mereka. Saiful Hawiz berhaya diselamatkan, tetapi salah seorang dari anak gadisnya Zurialis pula terkena gigitan zombie, sekaligus membuka peluang untuk dirinya untuk bertukar menjadi zombie. Tidak mahu perkara yang sama berlaku pada isteri berlaku pada Zurialis, Saiful Hawiz bergegas ke Koloni Bukit Bintang bersama dengan anak sulungnya Farhani dan teman lelakinya Hazrul Hiji demi meminta bantuan sah...

KAU SELALU ADA

Image
TAJUK NOVEL: KAU SELALU ADA PENULIS: DILLA AHMAD PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: " Awak percaya pada jodoh Iman Suffiyah ? " Kerana jodoh adalah takdir dan hanya Allah mengetahui disebakan itu Ammar Hafiz dan Iman Suffiyah bersatu , biar pun Iman masih lagi bergelar pelajar tapi demi ibu bapa Iman rela walaupan tidak pernah mengenali mahu pun berjumpa dengan Ammar biarpuan lelaki itu tunangan kakak sendiri. Benar kata bidalan " Tak kenal maka x cinta, bukan mudah buat Iman untuk yakin apabila si ayah mertua punya rancangan lain buat si anak demi menyelamatkan sebuah empayar yang bakal hancur setelah bertahun membina  Curiga , rajuk Iman adakala x terpujuk dek Ammar namun kasih sayang Ammar hanya buat Iman gadis yg bisa membuatkan hati bergetar. Bagi Iman dia hanya mahukan jaminan adakah apa yang dikorbankan buat keluarga dan Ammar berbaloi bila diri dipertaruhkan untuk setuju bernikah dgn Ammar, apa yg diluahkan buat Ammar...

TUNANG KE-9

Image
TAJUK NOVEL: TUNANG KE-9 PENULIS: ANABELLA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM29 SINOPSIS: Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. “Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!” – Shah “Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?”- Reny Fathia “Apa?” - Shah “Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!”-Reny Fathia. Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast! Mengetahui Reny ialah kesayangan Benjamin Martin, lelaki serba serbi sempurna juga setia menambahkan dendam Shah pada masa silam. Pelbagai cara diatur dengan niat untuk merodok hati si pencuri hati. Pertelingkahan antara Elman Shah d...

DEMI RINDUMU

Image
TAJUK NOVEL: DEMI RINDUMU PENULIS: DIYA JAMAL PENERBIT: LOVENOVEL STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya? “Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana “Takde apa-apa.” - Haznik “Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana “Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik “Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana “Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.” Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari. Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terba...

ISTILAH CINTA UNTUK DIA

Image
TAJUK NOVEL: ISTILAH CINTA UNTUK DIA PENULIS: ANARIF PENERBIT: INTENS STATUS NOVEL: BARU RM29 SINOPSIS: “Nek, anak orang putih mana pulak datang rumah nenek ni?” “Hush!” Nek Zizah menepuk paha Paan, menegur bicaranya. “Isabelle, mari duduk sini,” ditepuk-tepuk lantai di sebelahnya. Isabelle menurut. Mata bulatnya jatuh pada naskhah suci al-Quran milik Paan. “What is that?” jarinya tegak menghala ke arah al-Quran itu. “Nek, dia cakap orang putihlah!” komen Paan teruja. ISABELLE, anak kecil keturunan pan-asia telah diserahkan kepada Nek Zizah dan Tuk Khalid untuk dididik menjadi gadis Timur yang berilmu agama. Kedatangannya mengundang amarah Haliza, ibu Paan sekali gus memisahkan hubungan antara ibu dan anak juga persahabatan Paan dengan Isabelle. Masa berlalu dan kali ini kehadiran Isabelle sebagai Fatimah di rumah besar Paan atas tugas orang gaji adalah kerana arahan Haliza! “Kau nak tahu kenapa aku nak kau ikut esok?” Isabelle ketap bibir. “Kalau majikan na...