TUNANG KE-9




TAJUK NOVEL: TUNANG KE-9
PENULIS: ANABELLA
PENERBIT: PENULISAN2U
STATUS NOVEL: BARU

RM29

SINOPSIS:
Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya.

“Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!” – Shah

“Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?”- Reny Fathia

“Apa?” - Shah

“Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!”-Reny Fathia.

Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!

Mengetahui Reny ialah kesayangan Benjamin Martin, lelaki serba serbi sempurna juga setia menambahkan dendam Shah pada masa silam. Pelbagai cara diatur dengan niat untuk merodok hati si pencuri hati. Pertelingkahan antara Elman Shah dan Benjamin Martin membawa kepada tragedi yang tidak disangka.

“Stop it! Aku tak percaya kata-kata kau! Sebab aku tak cintakan kau, dan aku cintakan dia, kau gunakan cara kotor untuk hapuskan dia?! Manusia jenis apa kau ni?!”- Reny

“Macam mana dengan aku?! Kau tak pernah sayangkan aku?! Kau cuma bimbang pasal Ben! Kau tak kesah kan kalau aku yang mati?!” - Shah

“Ya, aku tak kesah! Kau nak mati?! Kau pergi mati! - Reny

Elman Shah dengan dendam rindunya, Benjamin bersama cinta tidak berpenghujung dan Reny dibelenggu memori silam. Bila tiga insan ini bersilang dalam satu takdir yang merumitkan, bisakah salah satu daripada mereka lepas tangan dengan alasan, cinta sejati tidak semestinya memiliki?

Biar berputih mata, jangan berhitam hati. Biar cinta terlepas, jangan iman terbabas…

Bagi mereka… Kalau dah cinta, kenapa tak perjuangkan sampai mati?!


📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY