DARI ALAM LAIN



TAJUK NOVEL: DARI ALAM LAIN
PENULIS: HELMI EFFENDY
PENERBIT: BUKU PRIMA
STATUS NOVEL: BARU

RM26

SINOPSIS:
Kita berkongsi dunia dengan mereka...

Mereka ialah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka.

Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung dengan tempat-tempat seram. Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan.

Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.

“Lagi keras, lagi saya suka.” – Badruz Zaman

“Siapa yang mainkan lagu ulik mayang kat dalam dewan? Kamil! Pergi tengok!” – Helena

“Dengar sini nasihat aku, Mikhael. Jangan abaikan yang hidup untuk yang dah mati. Biarkan mereka pergi dengan aman.” – Citra Adra


📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY