Posts

Showing posts from October, 2017

MR HOT GUY

Image
TAJUK NOVEL: MR HOT GUY PENULIS: DANISYARAHMAT PENERBIT: ANAASA PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah. “Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?” “I tinggalkan you” “Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.” Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. “Hai… Saya Luqman Hakimi....

AWAK SUKA SAYA TAK?

Image
TAJUK NOVEL: AWAK SUKA SAYA TAK? PENULIS: MELUR JELITA PENERBIT: ANGGUN MELUR STATUS NOVEL: BARU RM58 SINOPSIS: "Saya kenal sayang saya..." Kisah kasih sayang di antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji,Hilman Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau. Kera tampar mata! "Percaya sangat mualaf tu..."Intan Zulaikha "Kami digelar saudara baru,mualaf,masuk Melayu...bila label begini akan dihentikan kepada kami? "Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" Hilman Yong Kerana seekor semut..kerana lidah.. "Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tingga...

INGKAR CINTA

Image
TAJUK NOVEL: INGKAR CINTA PENULIS: SITI KHADIJAH PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: ZAFRAN WAZIEN. Entah kenapa, setiap kali Wardah berada di sampingnya dia rasakan dirinya sempurna. Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu kerana rasa itu hadir setiap kali Wardah ada bersamanya. Tetapi Zafran tahu, lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan sekeping hati milik Wardah. . “Kau tahu tak apa beza kau dengan laut?” – ZAFRAN WAZIEN. “Aku rasa banyak perbezaan.” – WARDAH ZAHRA. “Betul. Memang banyak perbezaan. Laut menenangkan sesiapa saja yang memandang tapi kau, hanya beri ketenangan pada aku…” – ZAFRAN WAZIEN. Sehinggalah, kebenaran selama ini dipendam terbongkar. Wardah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya hancur berkeping-keping. Sahabat yang selama ini dianggap seperti saudaranya sendiri akhirnya mengkhianati dia. “Aku tak main-main, Ada. Kau banyak sedarkan aku tentang erti cinta. Kau yang banyak ubah aku menjadi orang yang l...

TERCIPTA UNTUKKU

Image
TAJUK NOVEL: TERCIPTA UNTUKKU PENULIS: MARISSA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan. Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia. “Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.” “Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?” “Lupa…” “Ngeee, muda-muda dah lupa.” “Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?” “Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.” Habis! Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terim...

PEMUSNAH HATI

Image
TAJUK NOVEL: PEMUSNAH HATI PENULIS: SITI KHADIJAH PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya! Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya. Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal. “Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik,...

CANTIKNYA SI COMOT

Image
TAJUK NOVEL: CANTIKNYA SI COMOT PENULIS: MIAZAL ZAHRA PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM17 SINOPSIS: Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.  Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.  "Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain l...

MAYA

Image
TAJUK NOVEL: MAYA PENULIS: REKKA PENERBIT: SR PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Myra mula sedar ada misteri yang berlaku di rumah sewanya sejak sepupunya, Hanis berpindah masuk. “Macam mana kau boleh ada kat luar sedangkan kau tidur di bilik aku semalam? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik air kat luar? Masa aku keluar tadi kau masih lagi tidur.” Hanis tergelak. Bagi Hanis hantu tidak wujud. Segalanya berubah apabila Myra terbaca satu cerita seram di internet tentang Maya. Hilai tawa seorang gadis mengacau hidup mereka. Tragedi berlaku apabila mereka keluar bercuti. “Hari pertama kita kat sini aku ada nampak sesuatu dalam bilik air. Ada bayang-bayang hitam yang ikut aku kat belakang. Bila aku masuk tandas bayang-bayang itu pun ada sama. Lepas tu hilang.” Bayang-bayang itu buatkan Sarita jadi takut. Dia tidak mahu tinggal di rumah banglo itu lagi. Masuk hari keempat rumah banglo itu riuh dengan kehilangan Rafiq. Tetapi malam itu… “Mana kau per...

PENJARA MATI

Image
TAJUK NOVEL: PENJARA MATI PENULIS: RIDUAN IUDIN PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah. Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah. Pertemuan Malik dan Mahairah menggamit memori lama. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati! “Ini tempat orang yang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!” – Manusia Primitif. ‘Topeng' merupakan...

PROJEK SERAM TANAH

Image
TAJUK NOVEL: PROJEK SERAM TANAH PENULIS: SYAIDA ILMUNA, AKMA SAIDON & SAIDEE NOR AZAM PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Ketiga-tiga penulis projek seram Tanah ini mempunyai followers yang ramai dan aktif dalam media sosial. Setiap posting karya di Facebook masing-masing pasti akan mencecah ratusan like. Projek Seram Tanah mengetengahkan tentang kepercayaan nenek moyang masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang terlalu taksub dengan bantuan makhluk halus sehingga membuat perjanjian dengan syaitan dan jin. Akibatnya ditanggung oleh cucu cicit di zaman kini sehingga menyebabkan kematian. Karya ini juga menyatakan tentang kewujudan alam bunian (jin) di mana golongan jin ini berpotensi melakukan tipu helah dan memperdaya manusia. Pembaca pasti akan lebih mendalami tentang sikap dan kisah kehidupan jin yang dipanggil bunian ini. Selain itu terdapat pelbagai lagi isu yang boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca. GEGAR TANAH – SYAIDA ILMUNA ~Jangan ...

MISTERI TELAGA TUN BRATMA

Image
TAJUK NOVEL: MISTERI TELAGA TUN BRATMA PENULIS: RADZEMAH BOLHASSAN PENERBIT: PELANGI STATUS NOVEL: BARU RM17 SINOPSIS: Air yang hitam pekat dan berbau hanyir terpercik ke muka. Tidak sempat mengelak, Salihin jatuh tersungkur ke dalam telaga. Terkapai-kapai diselubungi kehitaman berbau hanyir, rasa gatal merayap ke seluruh tubuh Salihin yang lencun. Rohnya terasa melayang keluar. Melayang... dan terus melayang... Satu demi satu misteri melanda Salihin. Bermula dengan gangguan mimpi aneh, kemudian penyakit gatal yang menyerang tiba-tiba dan langsung tidak mahu sembuh. Lebih pelik, dia dikatakan menghidap kidal atau sakat, penyakit turun-temurun. Penyakit yang menyebabkannya hilang pekerjaan, hilang tumpuan, hilang harga diri, dan mungkin... hilang nyawa! Akan tetapi, apa kaitannya dengan Tum Bratma, telaga yang dikatakan misteri itu? Apa kaitannya dengan Azizah? Adakah semuanya tahyul belaka, atau secara kebetulan? Atau sememangnya ada misteri di sebaliknya? 📃UNTUK O...

ROH RUMAH SEWA

Image
TAJUK NOVEL: ROH RUMAH SEWA PENULIS: NAIM TAMDJIS PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM19 SINOPSIS: Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa! 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

MENCARI SI PELENGKAP HATI

Image
TAJUK NOVEL: MENCARI SI PELENGKAP HATI PENULIS: FARISHA IMAN PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang. Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri! “Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi...  tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda “Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha  fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang....

CUSTOMER FEEDBACK OCTOBER 2017

Image
Assalammualaikum..kesayangan 😍😍😍 Sekalung penghargaan atas sokongan semua pelanggan yang disayngi..😘😘 JAMINAN KAMI PASTI SAMPAI!! INSYAALLAH 😉😉👍👌 Jommmm...siapa lagi nk order novel.. boleh jenguk blog sis.harga sgt GORGEOUS😍😍😍👍👍👍 🍆 NOVEL LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (RM25) 🍆 NOVEL TITIAN CINTA (RM28) 🍆 NOVEL BUKAN KEKASIH TETAPI ISTERI (RM24) 🍆 NOVEL OPSS... TERPIKAT CIK SOMBONG (RM24) 🍆 NOVEL SUAMI TUAN PUTERI (RM23) 🍆 NOVEL MR.HOT GUY (RM25) 🍆 NOVEL PROJEK MEMIKAT SUAMI (RM19) 🍆 NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU (RM27) 🍅 NOVEL AWAK SUKA SAYA TAK? (RM33) 🍅 NOVEL CURI-CURI CINTA (RM36) 🍅 NOVEL PENCURI HATI PENEMBAK CINTA (RM28) 🍅 NOVEL DIA SEMANIS HONEY (RM24) 🍅 NOVEL KAHWIN GANTI (RM19) 🍅 NOVEL KERANA AKU ISTERIMU (RM23) 🍅 NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER (RM21) 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 ...

CUCU LANUN

Image
TAJUK NOVEL: CUCU LANUN PENULIS: CICI AIDA PENERBIT: KASEH ARIES STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Lanun? Siapa dia? Dua lelaki. Seorang tua dan seorang lagi muda. Yang tua bergelar datuk. Punya kuasa dan kedudukan. Yang muda bergelar cucu. Mata keranjang dan tukang menghabiskan harta keturunan. Kedua-duanya tidak serasi bila seringkali berjumpa. “Kalau kamu masih anggap kamu adalah keturunan John Legend, kamu dengar cakap saya dan jangan nak membantah.” Tuan John. Diletak pula dalam kehidupan yang cukup daif. Tinggal dirumah usang pusaka nenek moyangnya sendiri. Dalam susah-susah, berkenan pula nak memikat anak jiran depan rumah. “Eh, mana boleh pegang-pegang. Haramlah.”- Arin “Nak halalkan macam mana? Naz “Eh, mana boleh kongsi dengan orang. Itu rahsia peribadilah.”- Arin “Kedekut! Minta-minta biarlah lelaki tu aku.”- Naz Namun, gara-gara 5 ribu, Arin hampir jadi mangsa gadaian ‘Along’. Dan penyelamatnya, Encik Jiran a.k.a Naz Amsyar. “Kau nak buat apa?” ...