INGKAR CINTA



TAJUK NOVEL: INGKAR CINTA
PENULIS: SITI KHADIJAH
PENERBIT: PENULISAN2U
STATUS NOVEL: BARU

RM25

SINOPSIS:
ZAFRAN WAZIEN. Entah kenapa, setiap kali Wardah berada di sampingnya dia rasakan dirinya sempurna. Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu kerana rasa itu hadir setiap kali Wardah ada bersamanya. Tetapi Zafran tahu, lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan sekeping hati milik Wardah. .
“Kau tahu tak apa beza kau dengan laut?” – ZAFRAN WAZIEN.

“Aku rasa banyak perbezaan.” – WARDAH ZAHRA.

“Betul. Memang banyak perbezaan. Laut menenangkan sesiapa saja yang memandang tapi kau, hanya beri ketenangan pada aku…” – ZAFRAN WAZIEN.

Sehinggalah, kebenaran selama ini dipendam terbongkar. Wardah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya hancur berkeping-keping. Sahabat yang selama ini dianggap seperti saudaranya sendiri akhirnya mengkhianati dia.

“Aku tak main-main, Ada. Kau banyak sedarkan aku tentang erti cinta. Kau yang banyak ubah aku menjadi orang yang lebih baik, aku tak bohong bila aku katakan yang aku memang jatuh cinta pada kau. Aku terperangkap dalam lakonan yang aku ciptakan sendiri…” – ZAFRAN WAZIEN.

EMIR REHAN hadir menghulurkan cinta saat Wardah sedang kesedihan membuatkan Wardah pasrah. Kebaikan dan kelembutan serta ilmu agama yang tinggi yang dimiliki oleh Emir Rehan menambat hati Wardah dalam diam. Emir Rehan, Mr. Crushnya. Mana mungkin dia menolak cinta yang dihulur sedangkan itu yang ditunggu-tunggu selama ini.

Namun, benarkah hatinya milik Emir Rehan dan bagaimana pula dengan cinta Zafran Wazien?

“Hati ni adalah kaca yang sekali tergores maka susah nak hilangkan kesannya. Hati ni juga umpama batu yang sekali terukir namanya akan susah untuk memadamkannya…” – WARDAH ZAHRA.


📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY