BIDADARI HATI FARHAN






TAJUK NOVEL: BIDADARI HATI FARHAN
PENULIS: FATIMAH AZNAN
PENERBIT: BESQ PUBLICATION
STATUS NOVEL: BARU

RM24

SINOPSIS:
“Oh… tak seronok ke? Kalau nak tambah hormat awak boleh panggil saya abang. Umur saya lebih tua daripada awak.” - FARHAN SYAZWAN

“Nanti apa pulak orang kata. Lagipun saya rasa tak selesa dengan
panggilan tu. Tak logik langsung!” - FARHANA SYAZWANI

Farhan Syazwan tidak menduga adanya wajah yang seiras arwah adiknya, Fatimah Shuhada. Pertama kali bertentang mata dengan
Farhana, bagai bermimpi. Adakah kemunculan Farhana sebagai ganti adiknya? Tapi hatinya bagai diusik bila bersama gadis itu. Farhan buntu dengan perasaannya sedangkan dirinya diasak dengan rasa setia pada gadis yang lama bertakhta di hati.

“Abang… terpulang sama ada nak percaya atau tidak. Anis dah cakap yang sebenarnya.” - ANIS NABILA

Kepulangan Anis Nabila tidak mengembirakan Farhan. Lima tahun
berjauhan tanpa sebarang berita telah menghantar rasa kekok bila
bertemu semula. Keluarga mulai mendesak semoga hubungan mereka dimeterai dengan ikatan pertunangan setelah sekian lama diikat dengan janji. Namun Farhan mulai sangsi dengan kesetiaan Anis kerana kecurangan Anis jelas di depan mata. Namun kerana tidak mahu mengecewakan kedua belah keluarga, dia bersetuju untuk bertunang walau jauh di sudut hati hanya Farhana di hati.

“Farhana, hari ini mungkin hati you tak terbuka untuk I tapi I tak akan jemu mengetuknya. I sayang sangat dekat you.” - IQBAL ANAS

Kesungguhan Iqbal untuk memiliki cintanya membuatkan Farhana tidak sampai hati untuk menolak. Akhirnya dia menerima lamaran Iqbal walau tiada sekelumit cinta untuk lelaki itu. Cintanya hanya untuk Farhan sahaja.

Dapatkah Farhan dan Farhana melafazkan kata-kata keramat itu dan bersatu menjadi sebuah pasangan bahagia? Ataupun mereka berdua memang tidak ditakdirkan untuk bersama? Siapakah Bidadari Hati Farhan? Anis Nabila atau Farhana Syazwani?


📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

  1. http://murniaqila.blogspot.com/2015/10/bidadari-hati-farhan-novel-plagiat.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY