Posts

Showing posts from February, 2018

PENANGGAL

Image
TAJUK NOVEL: PENANGGAL PENULIS: EQBAL MOHAYDEEN PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal! Tanpa sedar, kejadian ya...

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4)

Image
TAJUK NOVEL: BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4) PENULIS: TAMAR JALIS PENERBIT: NAFIELA BOOKS STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Novel Bercakap Dengan jin merupakan sebuah karya yang ditulis berdasarkan pengalaman penulisnya sendiri, iaitu Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Bin Mahmud. Secara amnya, novel ini berkisar tentang pengalaman penulis mengikuti datuknya yang sering dipanggil oleh penduduk setempat dan dari pelusuk semenanjung untuk mengubati penyakit-penyakit terutamanya penyakit misteri yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus. Datuk kepada Tamar Jalis (Kulup Muhamad Diah) boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai keistimewaan dalam mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus. Keupayaan beliau mengubati pesakit tidak dapat disangkal lagi apabila sering berjaya menangani pelbagai masalah walaupun terpaksa melalui berbagai rintangan. Namun begitu, disebalik kehandalannya mengubati penyakit, beliau tidak pernah sekalipun be...

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 1)

Image
TAJUK NOVEL: BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 1) PENULIS: TAMAR JALIS PENERBIT: NAFIELA BOOKS STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Kerana sering mendampingi datuknya di mana-mana, secara senyap-senyap Tamar Jalis (TJ) mengutip dan menghimpun pengalaman, lalu diabadikan dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang berjaya memukau ribuan pencinta kisah seram. Kini, TJ muncul kembali bersama siri buku-buku SBDJ. Bukan hasrat TJ mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahyul. Tetapi, sekelumit pengalaman bersama datuk meyakinkan, bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah. Sesungguhnya syaitan dan iblis telah wujud lebih awal dari manusia dan berazam untuk menjahanamkan anak Adam. Kerana manusia itu makhluk Allah yang teristimewa, Allah memberikan kekuatan kepada manusia untuk menghalang perbuatan syaitan dan iblis terhadap manusia dengan kekuatan iman dan takwa. Tanpa iman dan takwa, manusia akan jadi hamba syaitan dan ibli...

MARGASATWA 2

Image
TAJUK NOVEL: MARGASATWA 2 PENULIS: SAIDEE NOR AZAM PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Kehidupan tenang Margas di Hutan Tasik Kenyir diganggu oleh pemburu-pemburu haram sehingga ia dibawa ke Kuala Lumpur. Malah, nyawanya juga terancam oleh kemunculan sesuatu yang tidak diduga. Sesuatu yang juga memiliki sifat serta tenaga sepertinya, ganas dan menggerunkan. Adi Putra didatangi satu makhluk yang bersifat hitam, mengganggu dia dan anak tunggalnya, Saif. Makhluk itu pernah bersumpah untuk terus hidup selama-lamanya. Kehadirannya juga kerana berdendam dan ingin menghancurkan keturunan Tamrin itu sendiri. Makhluk apakah yang bersifat haiwan serta perkasa seperti Margas di tengah-tengah kota raya? Apakah Tamar akan terus hidup sengsara dalam sumpahan Margasatwa, atau hanya kematian sahaja yang akan menamatkan kesengsaraannya? Mampukah Adi Putra bertahan dengan ancaman makhluk bersifat hitam itu atau dia bakal terjerumus ke lingkaran maut? 📃UNTUK ORDER...

MARGASATWA

Image
TAJUK NOVEL: MARGASATWA PENULIS: SAIDEE NOR AZAM PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu? Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya. Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana! 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

TUAN ANAS MIKAEL

Image
TAJUK NOVEL: TUAN ANAS MIKAEL PENULIS: SYAMNURIEZMIL PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-ma...

SABARLAH DUHAI HATI

Image
TAJUK NOVEL: SABARLAH DUHAI HATI PENULIS: MIMIE AFINIE PENERBIT: IDEA KREATIF STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia. “Sejak bila abang suka Fira?” “Sejak Fira curi hati abang.” “Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.” Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama. Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu. “Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?” “Tak ki...

ASMARA (LIMITED EDITION)

Image
TAJUK NOVEL: ASMARA PENULIS: LARA IVY PENERBIT: TINTA MAGIS STATUS NOVEL: LIMITED EDITION RM30 SINOPSIS: “Assalamulaikum Tan Sri.”  Lelaki separuh abad dengan kepala yang botak di tengah itu hanya menjawab dengan anggukan. Dia melihat jam tangannya. “Cari anak saya sampai jumpa.” Wajah lelaki itu berubah, cari anak? Pening kepalanya, sekarang ini dia bertugas untuk Tan Sri kah atau untuk anak Tan Sri? Dan pastinya tugasan itu langsung tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara atau ancaman ke atas kepimpinan sedia ada. Ini bermakna, ia atas kapasiti portfolionya sebagai pengawal peribadi menteri tersebut. Namun atas rasa taat setia... “Baik Tan Sri!” Lelaki itu terus sahaja menghidupkan motorsikalnya. Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali kedua berhadapan dengan gadis yang belum tentu gadis itu. Perempuan yang sombongnya tahap tujuh petala bumi, Angkuhnya tahap tujuh petala langit. Bencinya pada program-program keramaian yang banyak mem...

VERSI CINTA KITA

Image
TAJUK NOVEL: VERSI CINTA KITA PENULIS: HANA NORISA PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: Iryani, gadis buta yang diambil Tengku Azimudin menjadi cucu angkatnya. Sebagai cucu angkat Tengku Azimudin, Iryani harus mempersiap diri untuk mengambil alih IZ Holdings dan sebagai balasan, dia akan mendapat bantuan untuk celik semula. “Dia akan tinggal dekat sini mulai hari ni. Hak dia, sama macam hak cucu-cucu aku yang lain. Dia berhak dan bebas buat apa sahaja yang dia mahu dekat vila ni.” Tengku Elman, tidak sukakan Iryani. Padanya, Iryani seorang yang cengeng. Dia benci kepada gadis seperti itu. Malah berita pertunangan antara dirinya dengan Iryani menambahkan lagi sakit di hati. “Kalau dah tahu diri tu buta, janganlah menggatal merayap. Tak pasal-pasal habis semua benda kau langgar kat rumah ni. Apa kau ingat barang-barang kat rumah ni murah semuanya? Mati hidup semula pun tak terbayar tau.” Sikap Tengku Elman yang sentiasa mencari sa...

#ASSALAMUALAIKUM CINTA

Image
TAJUK NOVEL: #ASSALAMUALAIKUM CINTA PENULIS: ZURA ASYFAR PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM33 SINOPSIS: Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu. Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya. Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan. “Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau... Sepatutnya kau bagi kat ...

HALALKAN HATI YANG KUCURI

Image
TAJUK NOVEL: HALALKAN HATI YANG KUCURI PENULIS: MIA KIFF PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi.Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup. “Yo...

CINTA TAHAP DEWA

Image
TAJUK NOVEL: CINTA TAHAP DEWA PENULIS: NANA FIQREE PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Bila hati sudah suka, semuanya indah saja. Indah pada Jiji, tak seindah mana pada Jack. Macam mana nak indah kalau sudah berkorban jiwa raga, hati Jiji boleh jatuh bergolek-golek pada Danny yang punya pesona tahap dewa. Orang kata, jangan derhaka dengan mak. Kesannya sampai Jiji jadi hilang jiwa bila Cik Zaiton ‘ronggeng’ yang garangnya macam askar ‘kalah perang’ dijemput Ilahi. “Mak aku dah tak ada… aku dah tak ada sesiapa lagi.” – Jiji. Kutuklah apa saja. Jack tak peduli. Walau Jill, sepupu yang dah jadi adik tiri berbulu sampai langit ketujuh. sekalipun, hati dia tetap sama. Tak berganjak walau seinci pun. Lisa pula, sepupu terbaik yang Jiji ada tetap setia menunggu Jack walaupun Jack tak pernah pandang dia dengan sebelah mata pun. “Jangan paksa aku memilih. Walau seribu kali pun kau tanya, aku akan tetap pilih dia.” – Lisa. “Magisnya kuasa cinta. Hari i...

CIK DIARI HATI

Image
TAJUK NOVEL: CIK DIARI HATI PENULIS: HANNY ESANDRA PENERBIT: DEAR NOVELS STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Hari pertama pendaftaran di Kolej Seni Antarabangsa, Azzalea sudah buat satu kesilapan. “Sorry, bang!” “Apa abang, abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni.” Berbulu sahaja mata Azzalea dengan sikap Shafwan, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Suka-suka hati buli, suka-suka hati bagi denda tak munasabah dan ada sahaja yang tak kena di mata lelaki itu. “Sidai kat ampaian ya! Memang bagus tindakan awak tu! Awak ingat kasut saya tu macam baju-baju kecik awak nak sidai merata-rata tempat macam tu?” Geramnya Azzalea dengan mulut puaka si mamat sewel, Shafwan itu. Dalam marah-marah, terbit pula rasa sayang. Segala rasa Azzalea luahkan dalam Cik Diari Hati itu yang bila diari itu tercicir, resah dia jadinya. Shafwan tersenyum simpul bila dia jumpa dan baca Cik Diari Hati milik Azzalea. Namun, ada juga yang tidak senang dengan hubungan mereka. Rihana ...

JANGAN GODA AKU

Image
TAJUK NOVEL: JANGAN GODA AKU PENULIS: ZURA RAHMAN PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Lyn Jasmine punya prinsip hidup - sesuatu harus berubah. Dia yang sentiasa berperang dengan berat badannya yang bagaikan yo-yo, nekad untuk kurus. Bagi Shen, jejaka kacak dan berkarisma; hidupnya serba sempurna dengan aura luar biasa. Lagaknya seperti diktator menunjukkan kuasa. Pejabat itu bagaikan kerajaan untuk bertakhta, daerah untuk dia bermaharajalela. Kesempurnaanya menyebabkan dia digelar ‘Mr. Perfect'. Bagi Lyn Jasmine, Shen ialah Mr. Perfect yang angkuh. Kata pakar psikologi, seorang mangsa akan cenderung mencari mangsa juga. Dan Lyn Jasmine telah terpilih sebagai mangsa Shen. Namun, kucing yang disangka jinak, rupa-rupanya menyimpan belang dalam diam. “Kalau you tak ada sebarang perasaan sekalipun, I langsung tak hairan!”- Lyn Jasmine I'm not in the business of falling in love.”- Shen . Bagi Shen si Mr Perfect itu, tiada apa yang perlu berubah...

MIMPI YANG SEMPURNA

Image
TAJUK NOVEL: MIMPI YANG SEMPURNA PENULIS: AIZA QRISELDA (AQ) PENERBIT: LOVENOVEL STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi… akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka. Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda… Gadis… Beza umur 14 tahun. Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila. ‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ – Wardah Tapi Wardah lupa, percaturan Allah ...

SEJUTA NAFAS CINTAMU

Image
TAJUK NOVEL: SEJUTA NAFAS CINTAMU PENULIS: KAY DELAILA PENERBIT: INTENS STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: DEMI ‘perjuangannya’, Puteri Manis tekad mendekati playbuaya tersohor, Luzman. Lelaki yang langsung tidak dikenali secara peribadi. Demi ego mahu menakluki si gadis sebutan ramai, Luzman tekad mahu menjadi yang pertama menakluki Puteri Manis. Pertemuan pertama di tempat songsang… Usai segalanya, tiada pertemuan kedua lagi! Itu tekad Puteri Manis. Saban tahun Luzman mencari Puteri Manis yang berjaya ditaklukinya. Dia jatuh cinta. Malangnya, pertemuan pertama dahulunya, gadis itu menutup separuh wajahnya hingga sukar untuk dia jejaki. Lapan tahun berlalu, Luzman tidak pernah putus asa sehinggalah dia bertemu seorang gadis berhijab. Luzman yakin itu Puteri Manisnya... “Ohh! Maaf. Nanti, katakan pada isteri awak yang awak telah menyelamatkan seorang perempuan dari tersungkur di lantai. Tak lebih dari itu,” kata Aufa. Luzman tertawa kecil. Lucu! Pandai Puter...

IZINKAN KUMILIKI HATIMU

Image
TAJUK NOVEL: IZINKAN KUMILIKI HATIMU PENULIS: AMEERA AMEER PENERBIT: SR PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM27 SINOPSIS: Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Apa pun yang terjadi, dia tidak rela melihat Irina bahagia lebih-lebih lagi dengan lelaki sebaik Zairil. “Rina, aku pernah beritahu kau kan, lelaki seperti Zairil tak pernah ada tempat di dalam hati aku. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kau dapat lelaki yang baik seperti Zairil. Aku nak lelaki seperti Ferdy yang menjadi suami kau sebab aku nak tengok kau menderita seumur hidup!” Di kala bahagia mula menunjukkan sinarnya, tiba-tiba derita datang menjengah tanpa di pinta. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaks...

MAID KU TENGKU?

Image
TAJUK NOVEL: MAID KU TENGKU? PENULIS: AZIZAH AMI PENERBIT: CUTE KREATIF STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Cinta yang cuba di atur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu? “ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.” Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. "mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" "Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan pl...

GINCU MERAH JAMBU

Image
TAJUK NOVEL: GINCU MERAH JAMBU PENULIS: AIMA CHAN PENERBIT: OCTOBER STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Takdir mempertemukan Laila dengan Tengku Faizal. Sebenarnya, Tengku Faizal telah lama jatuh cinta dengan Laila. Sejak pertama kali dia melihat comot gincu merah jambu di bibir Laila sewaktu mereka mula-mula berjumpa. “Saya betul-betul nak kahwin dengan awak, Laila. Saya tak paksa awak setuju dengan permintaan saya ni sebab saya tahu, semuanya berlaku secara mendadak. Tapi saya betul-betul ikhlas.” Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk dilamar oleh pemuda itu. Sangkanya, apa yang pemuda itu katakan tadi hanyalah satu helah untuk menyelamatkan dirinya ketika itu. Sesungguhnya Laila belum bersedia ke arah yang lebih serius. Lagipun dia langsung tiada perasaan terhadap pemuda itu. “Isyyy... apa awak ni?” “Merajuk ya? Saja nak kenakan awak. Nak tengok muka merajuk awak yang comel dengan hidung merah tu.” Saat Adra baru ingin mengecapi kebahagiaan, kenangan...