Posts

Showing posts from April, 2018

BAGAIKAN PUTERI

Image
TAJUK NOVEL: BAGAIKAN PUTERI PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

7 HARI MENCINTAIKU 2

Image
TAJUK NOVEL: 7 HARI MENCINTAIKU 2 PENULIS: SITI ROSMIZAH PENERBIT: SR PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU HARGA ZAWZA NOVEL: RM38 SINOPSIS: Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. “Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. “Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama!Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana. “Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan d

MR. GREY

Image
TAJUK NOVEL: MR. GREY PENULIS: SYAMNURIEZMIL PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM32 SINOPSIS: “Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...” “Saya...” “Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...” “Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.” Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. “Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA “Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang t

CUSTOMER FEEDBACK FEBRUARI 2018

Image
Assalammualaikum..kesayangan 😍😍😍 Sekalung penghargaan atas sokongan semua pelanggan yang disayngi..😘😘 JAMINAN KAMI PASTI SAMPAI!! INSYAALLAH 😉😉👍👌 Jommmm...siapa lagi nk order novel.. boleh jenguk ig sis.harga sgt GORGEOUS😍😍😍👍👍👍 🍊 NOVEL TAKDIR UNTUK AKU (RM24) 🍊 NOVEL TAK ADA CINTA SEPERTIMU (RM23) 🍊 NOVEL LELAKI KHAS UNTUK HANIS (RM28) 🍊 NOVEL TI AMO, SWEETHEART 100 HARI! (RM22) 🍊 NOVEL LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (RM25) 🍊 NOVEL ROSES (RM25) 🍊 NOVEL MAKNA KATA SAYANG (RM24) 🍊 NOVEL ISTERI ATAS KERTAS (RM23) 🍊 NOVEL KALAU BUKAN KERANA CINTA (RM23) 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

101 DOA MOHON MAKBUL

Image
TAJUK BUKU: 101 DOA MOHON MAKBUL PENULIS: USTAZ ZAHAZAN MOHAMED & NIK WAFDI NIK JAAFAR PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM20 SINOPSIS: Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr. Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan buku ini ialah ia sesuai dibaca semua peringkat umur dan persembahan isi berbentuk santai dan humor. Ia dapat mendekatkan pembaca kepada hadis dan ayat-ayatnya mudah untuk difahami dan dihayati. Ia juga mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan da ia sesuai dijadikan cenderahati dan bimbingan kepada remaja malah ilustrasi berwarna sepenuhnya. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

WAHAI TUHAN, ENGKAULAH PENYEMBUH

Image
TAJUK BUKU: WAHAI TUHAN, ENGKAULAH PENYEMBUH PENULIS: DATO' HJ ISMAIL KAMUS & USTAZ MOHAMAD WAHID PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM20 SINOPSIS: Menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Buku Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh juga disertai dengan lafaz dan cara beristighfar yang digunakan untuk membersihkan hati agar doa kita lebih cepat sampai kepada Allah SWT serta dimakbulkan. Istighfar dan taubat juga boleh menghindarkan diri kita daripada bersarangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri, sebaliknya diganti dengan sifat mahmudah. Ia juga menampilkan susunan wirid dan zikir untuk pendinding diri serta merawat gangguan jin, syaitan, sihir dan santau. Keseluruhan amalan yang terkandung dalam buku ini merupakan “senjata” bagi orang Mukmin yang mungkin lebih hebat dan berkesan daripada senjata lahiriah

PANDUAN HAFALAN MUDAH TAHFIZ

Image
TAJUK BUKU: PANDUAN HAFALAN MUDAH TAHFIZ PENULIS: - PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM15 SINOPSIS: Kelebihan: - Pembahagian blok berwarna dalam setiap surah pilihan mengikut kaedah hafalan. - Tajwid Berwarna berserta panduan. - Panduan praktikal kaedah hafalan Tahfiz yang mudah dan ringkas. - Panduan dan langkah-langkah menjadi Ahlul Quran. - 14 Surah pilihan berserta terjemahan. - Pengenalan, asas utama, fadhilat dan tema setiap surah- surah pilihan. - Jadual semakan hafalan. - Kata kunci awal dan akhir ayat bagi memudahkan hafalan. - Tema ayat yang ringkas dan padat. - Doa - doa ringkas dalam setiap surah pilihan. - Kosa kata pilihan dalam setiap surah. - Adab- adab terhadap al-Quran. Buku Tahfiz menggunakan kaedah hafalan yang paling mudah untuk orang awam yang sibuk kerana setiap satu muka surat al-Quran dibahagikan kepada lima blok warna. Pembahagian blok warna menjadikan hafalan lebih ringkas, ringan dan lebih menarik untuk digunakan. Lima

FIQH JIHAD (1 SET): JILID 1 DAN JILID 2)

Image
TAJUK BUKU: FIQH JIHAD (1 SET): JILID 1 DAN JILID 2) PENULIS: DR. YUSUF AL-QARADHAWI (Ph.D) PENERBIT: PTS STATUS BUKU: BARU RM260 FREE POS  SINOPSIS: Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti: - Hakikat jihad dalam Islam - Hukum perang antara negara Islam - Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain - Hukum memerangi rakyat di negara musuh - Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab) - Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini - Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim - Syariat jihad dalam Islam dan agama lain - Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan FIQH JIHAD: MENCARI SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju syahid adalah berjihad di jalan Allah. Ala

TRAVELOG TARBIAH

Image
TAJUK BUKU: TRAVELOG TARBIAH PENULIS:  DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN PENERBIT: TELAGA BIRU STATUS BUKU: BARU RM27 SINOPSIS: 'Travelog' membawa maksud ‘suatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan’ manakala ‘tarbiah’ membawa maksud ‘pendidikan’. Maka, ‘travelog tarbiah’ di sini boleh didefinasikan sebagai sebuah wadah berbentuk buku yang menceritakan tentang perjalanan seseorang yang bermatlamat memberi pendidikan kepada yang mengikuti pengembaraannya. Oleh itu, coretan Dr. Zaharuddin ini menceritakan pengalaman peribadi beliau sewaktu bermusafir di negeri asing. Kelebihan buku ini adalah: ● Buku sulung penulis yang berbentuk penceritaan secara peribadi ● Penulisan yang menyuntik semangat dan kesungguhan dalam mencari erti sebenar hidup ● Setiap kisah mempunyai nilai dan pengajaran yang tersendiri ● Penulisan yang ringkas, padat dan tepat sebagai panduan dan teladan kepada masyarakat 📃UNTU

AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIAH (EDISI EKONOMI)

Image
TAJUK BUKU: AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIAH (EDISI EKONOMI) PENULIS: IMAM AT-TIRMIDZI PENERBIT: PTS STATUS BUKU: BARU HARGA ZAWZA BUKU AGAMA MOTIVASI: RM36 SINOPSIS: Daripada penterjemah: Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah. Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW. Mereka itu di antaranya: Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh. Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi. Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah) Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (G

KISAH SERAM MALAM JUMAAT (VOL 1)

Image
TAJUK NOVEL: KISAH SERAM MALAM JUMAAT (VOL 1) PENULIS: A.DARWISY, NAIM TAMDJIS, SUFI ABQARI & FAZRIN FAUZI PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Syaitan, di mana manusia bertopengkan syaitan sanggup melakukan apa saja demi diri sendiri. Kisah seram Raya, hantu muncul di malam raya. Kisah seram Mancis, kenapa dan apa akibat jika mancis yang ada terlebih dalam kotak dan kisah seram Potret Lama, merungkai misteri potret lama di sebuah banglo lama. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

RANTAI

Image
TAJUK NOVEL: RANTAI PENULIS: ARMAN JAZEE, SAIDEE NOR AZAM & ARIFFUL BAQI PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: KEJAHATAN PASTI TERBALAS SINOPSIS RANTAI BERNYAWA Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Syaitan yang terkurung 3500 tahun yang lalu kembali untuk merajai dunia. Dia tiada pilihan… SINOPSIS RANTAI SAKTI Seutas rantai

USU LIJAH

Image
TAJUK NOVEL: USU LIJAH PENULIS: ZAIFUZAMAN AHMAD PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Jasmin diburu keresahan setelah kematian Usu Lijah. Dia dapat rasakan yang bayangan Usu Lijah sentiasa berada di mana-mana untuk mengganggunya. Di sekolah ketika mengajar jiwanya tidak tenteram. Dia bagaikan terdengar suara Usu Lijah memanggil-manggil namanya. Di rumah semasa nak melelapkan mata, kelibat Usu Lijah sering melintas di kelopak matanya. Membuatkan dia susah nak tidur. Bayangan Usu Lijah sentiasa menghantuinya. Setelah kematian Usu Lijah, keadaan kampung jadi huru-hara. Penduduk kampung sering diganggu oleh bayangan Usu Lijah. Selagi dia tak dapat apa yang dihendaki, selagi itulah dia akan menjelmakan diri tak kira siang mahupun malam. Yang paling terkesan ialah Pak Zaki dan Mak Bedah. Kedua-dua orang tua ini adalah mangsa seterusnya selain Jasmin. Pak Long Din dan Imam Zakaria telah cuba menghalau gangguan ini tapi tidak berjaya. Malah makin ramai yang