FIQH JIHAD (1 SET): JILID 1 DAN JILID 2)





TAJUK BUKU: FIQH JIHAD (1 SET): JILID 1 DAN JILID 2)
PENULIS: DR. YUSUF AL-QARADHAWI (Ph.D)
PENERBIT: PTS
STATUS BUKU: BARU

RM260
FREE POS 

SINOPSIS:
Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti:
- Hakikat jihad dalam Islam
- Hukum perang antara negara Islam
- Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain
- Hukum memerangi rakyat di negara musuh
- Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab)
- Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini
- Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim
- Syariat jihad dalam Islam dan agama lain
- Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

FIQH JIHAD: MENCARI SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG

Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju syahid adalah berjihad di jalan Allah.

Alangkah mulianya mereka yang mendapat gelaran syuhada. Allah mengurniakan kepada mereka rezeki dan nikmat yang sangat besar. Sekiranya boleh, mereka pasti ingin kembali ke dunia dan ingin mati syahid sekali lagi kerana betapa nikmatnya mati syahid.

Beruntungnya umat Islam. Apabila mereka menuju ke medan perang, kalah ataupun menang mereka tetap dijanjikan syurga. Hebatnya pahlawan Islam. Mereka berperang kerana mahu mati, sedangkan musuh takutkan mati.

Memahami pengertian jihad yang sebenar menjadikan kita perjuangan kita lebih diberkati dan diredai Allah. Kupasan ilmiah dalam kitab Fiqh Jihad ini diharap dapat memurnikan ideologi perang dan menyuburkan semangat jihad umat Islam.

Jihad mempunyai kedudukan yang tinggi dalam mempertahankan kekuatan ummah dan negara serta mempertahankan risalah Allah. Mudah-mudahan setiap jihad yang kita lakukan adalah jihad yang benar dan diredhai Allah. 

Kitab ini dikayakan dengan perbahasan tentang jihad yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kefahaman salafussoleh. Ia juga menjawab setiap kemusykilan tentang maksud jihad, konsep jihad, dan menerangkan kelebihan-kelebihan jihad dalam Islam. 

Pelbagai persoalan dihuraikan secara terperinci oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi berdasarkan kekuatan ilmu, pengalaman, serta kefahaman beliau kepada realiti kehidupan umat masa kini. Jihad dalam Islam tidak terbatas kepada peperangan semata-mata, bahkan merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. 

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kefahaman yang mendalam tentang jihad kepada kita menerusi tulisan ulama agung ini, Sheikh Yusuf Al-Qardawi. Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Allah adalah matlamat kita.

"Sesiapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, maka akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di tempat tidurnya."

(Direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai, dan Ibnu Majah)


📃UNTUK ORDER📃

WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234
WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

Comments

Popular posts from this blog

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SESEORANG UNTUK AKU

BADI BUDDY