Posts

Showing posts from September, 2017

CUSTOMER FEEDBACK SEPTEMBER 2017

Image
Assalammualaikum..kesayangan 😍😍😍 Sekalung penghargaan atas sokongan semua pelanggan yang disayngi..😘😘 JAMINAN KAMI PASTI SAMPAI!! INSYAALLAH 😉😉👍👌 Jommmm...siapa lagi nk order novel.. boleh jenguk blog sis.harga sgt GORGEOUS😍😍😍👍 🍓 NOVEL SUARA TENGAH MALAM (RM18) 🍓 NOVEL LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (RM25) 🍓 NOVEL PEREMPUAN PALING BAHAGIA (RM28) 🍓 NOVEL SUAMI PAKSA RELA (RM22) 🍓 NOVEL ISTERIKU 19 TAHUN (RM21) 🍓 NOVEL KEKASIHKU ENCIK DINGIN (RM23) 🍓 NOVEL MISS CLEANER UNDERCOVER (RM24) 🍓 NOVEL KAHWIN 6 BULAN AJE?! (RM26) 🍓 NOVEL THE EX (RM20) 🍓 NOVEL HANYA ITU PINTAKU (RM19) 🍓 NOVEL HERO SEORANG CINDERELLA (RM26) 🍒 NOVEL JANGAN BIAR DIA MASUK 2 (RM24) 🍒 NOVEL TITIAN CINTA (RM28) 🍒 NOVEL MR. SECRET ADMIRER (RM24) 🍒 NOVEL JANGAN PADAM RINDU (RM21) 🍒 NOVEL PENCURI HATI PENEMBAK CINTA (RM28) 🍒 NOVEL KAU YANG SATU (RM26) 🍒 NOVEL TIRAI SEMALAM (RM16) 🍒 NOVEL DATE ME (RM24)

DUDAKU SUAMIKU

Image
TAJUK NOVEL: DUDAKU SUAMIKU PENULIS: ZAZA QRY PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’. “Umarif tak tolong?” tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa. “Tolong... ” Panjang jawapan Reesa. “Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!” Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu. “Awak hanya senyum

SUNGKAI GILA BABI

Image
TAJUK NOVEL: SUNGKAI GILA BABI PENULIS: SMAHADZIR PENERBIT: ILHAM PESONA STATUS NOVEL: BARU RM23 SINOPSIS: "Ikutkan , hati , mahu sahaja mukamu kuludah , lalu kepala mu kubenam dalam lumpur agar kau mampus kelemasan !"ZAHARIN Begitulah Zaharin . Dia terlalu membenci seorang anak muda yang dianggapnya terlalu jijik . Bukan itu sahaja , pada Zaharin , anak muda gagap itu tidak wajar lahir apatah lagi hidup di bumi ini. "Tuhan menciptakan kita , iaitu manusia bertujuan untuk berbakti kepada-NYA , dan mengakui kebesaran-Nya tanpa ada rasa ragu-ragu walau sedikit pun . Jangan menghina makhluk Tuhan kerana cara itu bagaikan hidup kita disuluh kesesatan ...." PAK MEDAN. Walaupun Zaharin gesit melongo dan terkedu mendengar penjelasan Pak Medan itu , tetapi sebagai manusia yang punya fikiran yang bebal , dia tetap berpendirian pekak badak. Namun semuanya berubah pada satu hari , apabila Zaharin merasa dirinya seperti dicekik , dan suaranya bergulat d

TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA

Image
TAJUK NOVEL: TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: EDISI TERHAD RM27 SINOPSIS: Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri. 📃UNTUK ORDER 📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6 011 1131 1 234

TRAUMA

Image
TAJUK NOVEL: TRAUMA PENULIS: ZAIFUZAMAN AHMAD PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah mengadakan majlis reunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini. Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda. Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang

MINHAJ AL-MUSLIM (PANDUAN HIDUP MUSLIM SEMPURNA)

Image
TAJUK BUKU: MINHAJ AL-MUSLIM (PANDUAN HIDUP MUSLIM SEMPURNA) PENULIS: ABU BAKAR JABIR AL-JAZA’IRI PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM90 SINOPSIS: Rujukan yang terlengkap dan tersusun bagi setiap orang Islam. Ia meliputi segenap aspek dalam kehidupan seorang muslim sama ada dalam perkara-perkara usul (dasar) mahupun furu' (cabang). 📃UNTUK ORDER 📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6 011 1131 1 234

IKHLAS MEMILIHMU

Image
TAJUK NOVEL: IKHLAS MEMILIHMU PENULIS: ANNA DEAN PENERBIT: LOVENOVEL STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: QISTINA yang kecewa ditipu kekasihnya, Iskandar menjadikan bas sebagai tempat terapi diri. Di situlah dia bertemu dengan Alya. Kecomelan Alya sering kali mencuit hatinya. Namun aktiviti curi-curinya bermain-main dengan Alya tanpa pengetahuan bapa Alya, HARIS; seorang duda, telah menimbulkan ketegangan pada awalnya. “Cukup! Kau buat apa ni, hah?” – Haris “Err… saya cuma nak main-main aje dengan dia.” – Qistina Bagaimanapun selepas itu hubungan mereka semakin akrab sehingga menerbitkan rasa yang sukar diungkap. Haris sedar dia mula mencintai Qistina. Namun, pengalaman lalu membuatkan dia sedar diri. “Qis… awak seharusnya dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya. Saya tak sempurna, Qis.” – Haris Haris tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rasa yang bersarang dalam jiwa cuba dipendam dan sering kali dia menidakkannya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan

DIA SEGALANYA

Image
TAJUK NOVEL: DIA SEGALANYA PENULIS: SHA IBRAHIM PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM37 SINOPSIS: Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya. Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya. Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya

HANYA ITU PINTAKU

Image
TAJUK NOVEL: HANYA ITU PINTAKU PENULIS: FARISYA NATASHA PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM19 SINOPSIS: Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu bersama perempuan lain, rupa-rupanya ini yang dia terima setelah kesetiaannya dipertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. “Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu.” - Benjamin “Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?” -Aulia “Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There’s no you in his memory. You do not exist anymore.” - Benjamin Aulia pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali, tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus akur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman tetapi sebaliknya de

DEJAVU CINTA

Image
TAJUK NOVEL: DEJAVU CINTA PENULIS: EMMA MAIZURA PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang de

KEM

Image
TAJUK NOVEL: KEM PENULIS: MARIA KAJIWA, ZAIFUZAMAN AHMAD & AIDA ADIA PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM21 SINOPSIS: Kehilangan adiknya, Bahiyah memaksa Azim bergegas ke sebuah kampung di tepi laut. Azim, Ijam dan Ainuha cuba menjejaki Bahiyah. Namun, pencarian itu membawa mereka bertiga ke sebuah kem tahanan perang dunia ke-2 di atas sebuah bukit. Di situ, mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan daripada puaka yang mengawal tempat itu. Apakah punca tempat itu berpuaka? Mampukah mereka berempat keluar dengan selamat?  Mereka masih mengawal tempat itu…/ KISAH LATIFAH Disebabkan pelanggan kurang pada malam Jumaat itu membuatkan Zamri berkesempatan berbual dengan Hanafi dan Azhar. Kisah yang dibualkan adalah kisah-kisah seram yang pernah berlaku di dalam kawasan kem tentera dan sekitarnya. Pelbagai kisah yang ditimbulkan termasuklah kisah sundel bolong, pocong, dan lelaki misteri berkepala anjing. Malah, pada malam itu juga, Zamri mengalam

DARI ALAM LAIN

Image
TAJUK NOVEL: DARI ALAM LAIN PENULIS: HELMI EFFENDY PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Kita berkongsi dunia dengan mereka... Mereka ialah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka. Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung dengan tempat-tempat seram. Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. Dalam masa

SAKA

Image
TAJUK NOVEL: SAKA PENULIS: NUR CAHAYA, AZIZON OTHMAN & WEB SUTERA PENERBIT: S O PUBLISHING PLT STATUS NOVEL: BARU RM22 SINOPSIS: Janji Sang Puaka Jura terlalu sedih setelah kekasihnya dibunuh kejam oleh bapanya sendiri, nekad menyeru roh kekasihnya yang bernama Alang dengan bantuan Tok Dalang Dalek. Namun segalanya tidak seperti yang diimpikan setelah sikap Alang tidak seperti dahulu setelah menjadi SAKA! Saka Merayau Dr Ariel membeli sebuah rumah Melayu klasik, Villa Anggerik, tercantik di Kelang. Ia diharapkan menjadi mahligai bahagia dan tempat membesarkan Ariel junior. Namun, ada kelibat selalu mengganggu mereka. Akhirnya, rumah itu disewakan kepada Adam dan lima orang penuntut lain. Apakah gangguan itu terhenti? Suhuf Dasawarsa Syakir berada dalam dua kehidupan berlainan dimensi . Bebanan takdir amat memenatkan. Siapakah ‘dirinya’ di dunia satu lagi? Apakah benar dia hidup di dunia berlainan dimensi? Apakah dia dapat merubah ‘dunia’ dengan penemuan besa

KITAB LAMA

Image
TAJUK NOVEL: KITAB LAMA PENULIS: SHA HANIM RAMLI PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: "Pendatang, tetap pendatang. Mereka datang dan kemudian pergi setelah memerah segala hasil kita. Seperti penyamun. Mereka takkan sanggup bermandian darah demi tanah air dan bangsa lain." Malim dan Martin, dua insan serupa tapi tak sama yang merentasi dimensi alam, menyusur dari Kitab Hikayat Malim Deman. Dia dikembalikan ke zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun yang dipenuhi derita. Lalu di situ, dia mencari jati dirinya. Mengenal dan melihat kekuatan bangsa sendiri demi sebuah Daulah. Daulah itulah yang mengalir ke segenap darah-darah bangsa Tuah. Namun jiwanya rentan, pabila tiba saatnya dia dipaksa mencabut nyawa kekasihnya sendiri, Merah. Apatah lagi Merah lebih sanggup mati di tangan Malim, daripada hidup menjadi hamba di kem tahanan. Semua sudah maklum, tiada gadis yang berjaya keluar dari kem itu hidup-hidup. Sama ada mereka mati diseksa, atau mati

IMPLEMENTASI HUKUM QURANI

Image
TAJUK BUKU: IMPLEMENTASI HUKUM QURANI PENULIS: MOHD ASMADI YAKOB, ABD RAHIM MD ARSHAD & ABD RASHID BIN ZAINAL PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM26 SINOPSIS: Buku ini adalah pendekatan tafsir al-Quran yang mempunyai banyak keistimewaan bagi menyingkap maksud al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang lengkap dan sesuai untuk setiap zaman, tempat dan keadaan. Penggunaan pendekatan ini dalam pentafsiran al-Quran bukan perkara baru malah benihnya telah pun diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda mempertemukan ayat-ayat yang sama temanya. Pendekatan ini kemudiannya digunakan juga oleh para sahabat, tabiin, para mufassirin sama ada yang terdahulu yang terkemudian dan para penulis-penulis yang ingin menyingkap rahsia kitab suci al-Quran. Konsep tafsir berdasarkan tema menjadi lebih jelas pada kurun terakhir ini apabila para ulama dan pengkaji cuba menyingkap pendekatan ini secara lebih sistematik sehingga menerbitkan istilah dan konsep tafsir berdasarkan t