Posts

Showing posts from January, 2018

KISAH PEREMPUAN

Image
TAJUK NOVEL: KISAH PEREMPUAN PENULIS: AINA EMIR PENERBIT: KARNADYA STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: KISAH PEREMPUAN merupakan koleksi cerpen dan cerpan, mengisahkan kehidupan kaum wanita. Cerita-cerita ini bukan sekadar khayalan atau imaginasi tetapi penuh kebenaran dan realiti. Berdosakah Aku membawa kisah Lin yang sedang mencari identiti diri. Dia masih muda namun sentiasa rasa tersisih dalam keluarga. Semestinya ada sejarah lama yang membuatkan hidupnya sengsara. Sementara gadis bernama Ninie dalam Bondaku pula sangat kecewa dengan sikap bondanya. Ibunya seorang ibu tunggal yang sering lupa daratan. Malah sangat materialistik hinggakan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Bagaimana Ninie mahu atasi masalah dalam hidupnya ini? Kisah Kamilia dalam Bukan Aku pula, membawa kisah hidupnya dengan seorang kekasih yang cemburu. Walaupun menyayanginya, Kamilia tertekan dengan sikap Robin, kekasihnya itu. Suatu tragedi telah melibatkan Robin, tetapi kenapa pula

PILIHAN HATI MR. MILLIONAIRE

Image
TAJUK NOVEL: PILIHAN HATI MR. MILLIONAIRE PENULIS: FARA HANA PENERBIT: SUARA HATI STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: TENGKU DENNIS… bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam yang diganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu. LISA… apa lah sangat perempuan kampung tu, buat enjoy waktu muda ni ok lah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tengku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana je hati jantan dia tu? Lama kelamaan jadi berat pulak hati tu nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya. “Awak tipu! Saya tau awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!” – Lisa “La… sedar diri rupanya. Inga

DREAMCATCHER

Image
TAJUK NOVEL: DREAMCATCHER PENULIS: MAYA ADIRA PENERBIT: GEDEBOOK STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Bagaimana mahu mencintai orang yang sudah hilang cintanya. Perlukah diajar dia bahasa-bahasa rasa, degup-degup jeritan jiwa? Bagaimana? - Amni Hatiku di mana? Matikah? Hancurkah? Kenapa kau datang tatkala ribut resah sedang berpusar? Jauh, menjauh sekarang! - Khalid Dia lelaki pujaan. Cinta pertama yang aku idamkan. Dia terseksa, aku mahu menampal lukanya. Kau sekadar bunga menghiasi laman hati, tapi akulah wangian yang meresap dalam urat nadinya… - Syafiqa 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

HUJAN PUN MENARI

Image
TAJUK NOVEL: HUJAN PUN MENARI PENULIS: NORHAYATI BERAHIM PENERBIT: NB KARA STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan. Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan... ketika gelap, ketika cahaya suram... Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari... Qurban... lelaki itu tetap di sisi. 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234

BIDADARI HATI FARHAN

Image
TAJUK NOVEL: BIDADARI HATI FARHAN PENULIS: FATIMAH AZNAN PENERBIT: BESQ PUBLICATION STATUS NOVEL: BARU RM24 SINOPSIS: “Oh… tak seronok ke? Kalau nak tambah hormat awak boleh panggil saya abang. Umur saya lebih tua daripada awak.” - FARHAN SYAZWAN “Nanti apa pulak orang kata. Lagipun saya rasa tak selesa dengan panggilan tu. Tak logik langsung!” - FARHANA SYAZWANI Farhan Syazwan tidak menduga adanya wajah yang seiras arwah adiknya, Fatimah Shuhada. Pertama kali bertentang mata dengan Farhana, bagai bermimpi. Adakah kemunculan Farhana sebagai ganti adiknya? Tapi hatinya bagai diusik bila bersama gadis itu. Farhan buntu dengan perasaannya sedangkan dirinya diasak dengan rasa setia pada gadis yang lama bertakhta di hati. “Abang… terpulang sama ada nak percaya atau tidak. Anis dah cakap yang sebenarnya.” - ANIS NABILA Kepulangan Anis Nabila tidak mengembirakan Farhan. Lima tahun berjauhan tanpa sebarang berita telah menghantar rasa kekok bila bertemu semula.

LELAKI KIRIMAN TUHAN

Image
TAJUK NOVEL: LELAKI KIRIMAN TUHAN PENULIS: UMIE NADZIMAH PENERBIT: PENULISAN2U STATUS NOVEL: BARU RM20 SINOPSIS: Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. “Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!” - Naira “Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka.” - Raid “Sebab awak tu miring!” - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat a

DAHSYATNYA PETAKA KIAMAT

Image
TAJUK BUKU: DAHSYATNYA PETAKA KIAMAT PENULIS: MOHD ZUHDI AHMAD KHASASI PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM73 SINOPSIS: KIAMAT semakin dekat! Kiamat pasti berlaku! Janji-janji Allah itu pasti. Sudah termaktub di dalam kitab suci Al- Quran mengenai Kiamat. Tanda-tanda akhir zaman makin jelas. Tanda-tanda kecil banyak melata. Tanda-tanda besar juga makin nyata. Cuma yang masih menjadi rahsia Allah adalah bila Kiamat akan berlaku. Dunia semakin sakit. Akhlak semakin sempit. Fitnah tegar membadai. Kerakusan manusia menjadi tunjang. Nafsu semakin bermaharajalela. Iman semakin dikesisikan. Yang benar dinafikan dan yang batil dijulang. Itulah realiti akhir zaman. Tanda-tanda Kiamat semakin rapat. Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Penindasan berlaku di mana-mana. Kerosakan makin menyenakkan. Bencana alam bertali arus. Banyak peringatan dan a

KAHWIN IKUT WAHYU @ NAFSU

Image
TAJUK BUKU: KAHWIN IKUT WAHYU @ NAFSU PENULIS: FUAD HAJI SAM PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM25 SINOPSIS: LAFAZ nikah yang diucapkan oleh pengantin lelaki di hadapan kadi dan wali untuk menjadikan pengantin perempuan sebagai isteri merupakan perjanjian yang dibuat atas nama ALLAH SWT. Ikatan itu bukanlah dibuat berdasarkan perjanjian dengan manusia sahaja kerana ia hanya akan menjadikan nafsu sebagai matlamat utama yang boleh merosakkan semuanya. Sedangkan perkahwinan yang terbentuk dengan acuan Islam melalui wahyu yang disampaikan melalui Rasulullah SAW itulah kunci sebenar dalam mewujudkan ‘rumahku syurgaku.’ Pilihan di tangan kita sama ada ingin KAHWIN IKUT WAHYU @ NAFSU... Kedua-duanya mampu mencipta bahagia di jiwa. Namun yang mana lebih diredhai-NYA? Suami isteri perlu dalami ilmu secukupnya. Teladani pernikahan dan asam garam kehidupan rumah tangga baginda agar dapat membuka minda kita menuju keluarga bahagia. 📃UNTUK ORDER📃 WHATS

SEGELAS 'ASIR DI MUARA NIL

Image
TAJUK BUKU: SEGELAS 'ASIR DI MUARA NIL PENULIS: IBNU RIJAL PENERBIT: KARYA BESTARI STATUS BUKU: BARU RM23 SINOPSIS: Buku Segelas ‘Asir di Muara Nil merupakan sebuah catatan perjalanan seorang penulis muda di bumi Mesir. Catatan perjalanan ini disampaikan kepada pembaca seolah-olah penulis sedang menulis di diarinya. Pembaca akan dibawa kembara bersama penulis menelusuri kota-kota lama dan baru di Mesir dan segala pahit manis perjalanan tersebut. Bab-bab di dalam buku ini disusun plot demi plot, maka pembaca akan merasakan sebuah pengalaman kembara bersama sambil ditemani rakan kembara yang mengajak pembaca berfikir mengenai ibrah dari tempat-tempat yang dilawati, serta fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan tempat tersebut. Laras bahasa yang digunakan adalah santai, namun isi kandungan yang dibincangkan sepanjang kembara adalah bersifat analitikal dan kritikal, sesuai bagi pembaca yang sukakan kelainan dalam bacaan atau kembara. Sebagai juga seorang penulis

BISIKAN PARANORMAL

Image
TAJUK NOVEL: BISIKAN PARANORMAL PENULIS: AKMA SAIDON PENERBIT: BUKU PRIMA STATUS NOVEL: BARU RM26 SINOPSIS: Keturunan Megat Zaman Shah telah memenuhi jemputan undangan yang menjadi tradisi turun-temurun keluarga mereka. Satu demi satu perkara berlaku yang merumitkan permasalahan yang ada. Kebolehan seorang demi seorang daripada mereka teruji, namun petanda yang diterima tetap juga tidak ketemu jawapan yang dicari. Hari demi hari, satu per satu rahsia yang tersimpan rapi terbongkar dengan sendirinya. Namun, setiap rahsia yang terbongkar punya bayaran tersendiri. Bayaran yang hanya mampu dibayar mereka, keturunan ketujuh Megat Zaman Shah! “Semuanya permainan syaitan. Janjinya dengan Allah untuk menyesatkan anak Adam tidak pernah dilupai. Hati-hatilah! Musuh utama sedang mencari keturunan Megat Zaman Shah. Kalian perlu berhati-hati! Kalian keturunan ke tujuh, keturunan yang disumpah! Kalian memang perlu lebih berhati-hati!” – Megat Arryan Shah. “Sebabnya, ibu mendap

PUAKA MAHKOTA BERDARAH

Image
TAJUK NOVEL: PUAKA MAHKOTA BERDARAH PENULIS: PONGWUT PENERBIT: PELANGI STATUS NOVEL: BARU RM13 SINOPSIS: Chitchol, pekerja sebuah butik permata telah ditugaskan oleh majikannya untuk menjaga sebuah mahkota berlian purba yang dipanggil Mahkota Sornngau. Mahkota purba bertatah permata 10 karat yang mengagumkan itu dipinjam oleh sebuah syarikat perfileman gergasi untuk digunakan dalam penggambaran sebuah filem mega. Filem yang menghimpunkan para pelakon dan krew dari beberapa buah negara Asean. Chitchol sangat gembira diberikan tugas menjaga Mahkota Sornngau yang tidak ternilai itu kerana itu menunjukkan memberi kepercayaan kepadanya. Akan tetapi, sejak hari pertama dia berada di lokasi penggambaran, pelbagai kejadian aneh berlaku. Kemunculan perempuan asing yang berlumuran darah, kemalangan ngeri di set penggambaran, serta kematian seorang demi seorang krew menyedarkan Chitchol bahawa ada roh yang mengganggu. Roh penjaga Mahkota Sornngau. Roh yang mahukan korban. Bukan k

MR. BOSS, MISS STALKER

Image
TAJUK NOVEL: MR. BOSS, MISS STALKER PENULIS: AESYA AZAHAR PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM19 SINOPSIS: Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik. Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya. Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran? “Antara nyata dan mimpi… Ada hati yang ingin kutawan… Tapi, dalam lain dimensi… Hatiku kau jadikan tawanan….” 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1

KERANA TERPAKSA...AKU RELAKAN (PRELOVED)

Image
TAJUK NOVEL: KERANA TERPAKSA...AKU RELAKAN PENULIS: UMIE NADZIMAH PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: PRELOVED CONDITION NOVEL: 10/10 LIKE NEW HARGA SEBENAR RM27 👇👇👇👇👇 HARGA ZAWZA PRELOVED: RM20 SINOPSIS: Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. “Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin Dilema cinta bermula apabila adik si

KERANA TERPAKSA...AKU RELAKAN

Image
TAJUK NOVEL: KERANA TERPAKSA...AKU RELAKAN PENULIS: UMIE NADZIMAH PENERBIT: KARYA SENI STATUS NOVEL: BARU RM25 SINOPSIS: Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. “Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah

KEUTAMAAN INFAK DI JALAN ALLAH

Image
TAJUK BUKU: KEUTAMAAN INFAK DI JALAN ALLAH PENULIS: MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA AL-KANDAHLAWI PENERBIT: CRESCENT NEWS STATUS BUKU: BARU RM88 SINOPSIS: Membelanjakan harta kerana cinta kepada Allah SWT, maksudnya mengeluarkan hartanya itu didasarkan kerana hendak mendapatkan cinta dan keredhaan Allah SWT, bukan untuk mencari nama besar atau kehormatan dunia Tujuan yang salah seperti itu dapat menyebabkan kebajikannya menjadi musnah bahkan dapat menjadi dosa. Walaupun dia telah membelanjakan hartanya, namun di sisi Allah SWT tidak mendapatkan pahala, bahkan mendapatkan dosa. Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras atau harta kamu, namun memandang kepada amalan- amalan kamu dan kalbu kalbu kamu (niat kamu)" Rasulullah SAW suga bersabda, "Aku sangat takut kepada syrik asghar (syirik kecil) yang berlaku pada diri kamu". Para sahabat bertanya."Wahai Rasulullah SAW, apakah syirik asghar itu?" Rasulullah SAW menjawab

9 NYAWA

Image
TAJUK NOVEL: 9 NYAWA PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID PENERBIT: ALAF 21 STATUS NOVEL: BARU RM18 SINOPSIS: INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal? 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAP

AYAT-AYAT CINTA 2

Image
TAJUK NOVEL: AYAT-AYAT CINTA 2 PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY PENERBIT: AL-HIDAYAH STATUS NOVEL: BARU RM34 SINOPSIS: Fahri, yang kini tinggal di Edinburgh dan bahkan menjadi dosen di University of Edinburgh, terpaksa menjalani ke hidupan sehari-harinya sendirian. Bersama dengan Paman Hulusi, asisten rumah tangganya yang berdarah Turki, ia meneruskan kehidupannya tanpa Aisha. Terkadang Fahri masih saja menangis saat mengingat kenangan-kenangannya bersama Aisha. Kenyataan bahwa istri yang sangat dicintainya itu kini menghilang entah kemana, membuatnya nelangsa dan hampir putus asa. Maka ia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan pekerjaan, penelitian, mengajar, dan bisnis yang dulu dikelola berdua bersama Aisha. Aisha menghilang dalam sebuah perjalanan ke Palestina bersama teman wanitanya saat ingin membuat cerita dan reportase tentang kehidupan di sana. Teman Aisha ditemukan dalam keadaan sudah kehilangan nyawa dan kondisi tubuh yang me

SIAPA AKU DI SISIMU

Image
TAJUK NOVEL: SIAPA AKU DI SISIMU PENULIS: ALINA HAIZAR PENERBIT: KAKI NOVEL STATUS NOVEL: BARU RM28 SINOPSIS: Siti Hajar dan Izwan terpisah akibat kemalangan jalan raya. Setelah sekian lama, Izwan yang menghidap amnesia dikejutkan dengan surat permohonan cerai daripada Siti Hajar. Bila masa dia berkahwin dengan Siti Hajar? Siapa Siti Hajar? Keadaan semakin meruncing dengan kehadiran Azrul yang ingin memiliki semula Siti Hajar. “Aku reda dengan perpisahan ini kerana cinta tidak semestinya bersama. Biarlah kuundur diri….” 📃UNTUK ORDER📃 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234 WHATSAPP/TELEGRAM📲 +6011 1131 1234